Header Ads

'Teaser' filem Interchange akhirnya didedahkan


AKHIRNYA teaser filem tempatan paling dinanti-nantikan tahun ini, Interchange, menemui penonton.

Ia dilancarkan ke akaun YouTube rasmi filem berkenaan pada Khamis.

Biarpun hanya sekadar teaser berdurasi 58 saat, ia berjaya membangkitkan rasa teruja dan ingin tahu penonton tentang apa yang bakal dipersembahkan oleh filem berkenaan.

Filem itu dibintangi ramai bintang terkemukaMalaysia dan Indonesia, antaranya Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution dan Nadiya Nisaa.

BACA: Interchange: Mengembara buat Nicholas Saputra kenali Belian

Ia bakal membawa penonton melihat sisi kehidupan seorang jurufoto forensik, Adam, yang berkenalan dengan seorang wanita misteri, Iva, lantas jatuh cinta.

Dia kemudiannya terjebak dalam misi unik, mahu memastikan Iva dapat memenuhi hasratnya untuk 'mati dengan tenang'.

TONTON: Gabungan mistik dan seni kebudayaan

GALERI FOTO:
 Di sebalik tabir pembikinan filem "Interchange"

Sejak memulakan penggambaran, filem hasil arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke 25, Dain Said itu disebut-sebut sebagai sebuah filem yang bakal membawa peralihan paradigma dalam industri filem tempatan.
Filem itu dijangka ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa, sebelum memasuki pawagam hujung tahun ini.

No comments

Powered by Blogger.