Header Ads

Padah Makan Jagung Guna Drill


SEBELUM anda cuba sebarang cabaran di media sosial, baca dulu artikel ini.

Viral di media sosial baru-baru ini ialah rakaman video seorang wanita kehilangan rambut dan mengalami kecederaan akibat menyertai cabaran media sosial,Corn cob challenge. 

Corn cob challenge mencabar peserta untuk memakan jagung dengan mengunakan sebuah gerudi dalam tempoh 10 saat.

Difahamkan, aksi itu pada mulanya dilancarkan oleh seorang lelaki, dan ia kemudian mencetus satu fenomena di kalangan netizen China.

Berdasarkan video tersebut, wanita Cina itu dilihat cuba makan jagung menggunakan gerudi.

Bagaimanapun, cubaan itu gagal dan membawa padah kepada diri sendiri. 

Ketika melakukan cabaran tersebut, rambut wanita itu tanpa disedari tersangkut pada mata gerudi yang berputar laju, hinggakan seikat rambut di bahagian depan tercabut daripada kulit kepala hingga meninggalkan kesan botak.
Menurut wanita itu menerusi sebuah video yang lain, rambutnya akan kembali normal dalam masa enam bulan.

No comments

Powered by Blogger.