Header Ads

Sunderland kekal, Newcastle dan Norwich tersingkir

Jermain Defoe dari Sunderland (kiri) bergelut mendapatkan bola dengan Leighton Baines dari Everton pada pertemuan 11 Mei. - Foto AP

SUNDERLAND memastikan mereka kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan apabila mencatat kemenangan bermakna 3-0 keatas Everton pada Khamis.

Keputusan itu menyaksikan The Black Cats menyingkirkan Newcastle United dan Norwich.

Lebih manis, kejayaan itu diraikan dihadapan penyokong sendiri di Stadium of Lights.

Pemain pertahanan Patrick van Aanholt membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-38 sebelum Lamine Kone mencatat dua gol mudah berikutnya.

Sunderland yang turun dengan motivasi tinggi setelah menewaskan Chelsea 3-2 minggu lalu tidak berdepan masalah membenam skuad kendalian Roberto Martinez yang kini berada dalam kerusi panas.

Everton longlai sebaik perlawanan dimulakan dan tidak menampilkan ancaman walaupun dengan kehadiran Romelu Lukaku, Ross Barkley, dan Kevin Mirallas.

Sementara itu bekas penyerang Sunderland, Niall Quinn berpendapat Allardyce layak diberikan penghormatan ekoran kejayaannya memastikan The Black Cats kekal dalam liga utama England itu.
"SUnderland sudah biasa berada dalam situasi menyelamatkan diri dari tersingkir namun berdepan Everton, Allardyce jelas membawa kelainan," katanya.

Pengurus veteran itu dibawa masuk mengantikan Dick Advocaat Oktober tahun lalu ketika itu Sunderland menduduki tangga ke-19.

No comments

Powered by Blogger.