Header Ads

Cara 'genius' pelajar Thailand meniru dalam peperiksaan

Jawapan akan diberikan kepada pelajar melalui sejenis jam pintar.


KITA biasa mendengar pelajar ditangkap kerana meniru ketika peperiksaan.

Pelbagai cara digunakan demi mendapatkan markah tinggi dengan cara yang mudah, antaranya 'menyeludup' kertas jawapan, bertukar-tukar bahasa isyarat dengan rakan-rakan selain cara tradisional iaitu 'mengintip' jawapan rakan secara senyap.

Tetapi apa yang dilakukan pelajar dalam peperiksaan kemasukan ke Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti Rangsit ini bukan sahaja lain dari yang lain, malah boleh dikategorikan sebagai taktik kotor yang bijak.

Tiga peranti diperlukan untuk melaksanakan rancangan mereka; kaca mata, jam pintar dan kamera tanpa wayar.

Kesemua peranti itu dibekalkan oleh sebuah syarikat bantuan pengajaran (tutoring company).

Apa yang dilakukan ialah membawa masuk tiga proksi ke dalam dewan peperiksaan. Proksi-proksi itu mengenakan sejenis kaca mata yang dilengkapi dengan kamera kecil tanpa wayar (wireless camera) yang memancarkan soalan-soalan dalam kertas peperiksaan ke ibu pejabat syarikat berkenaan.

Kakitangan di syarikat itu kemudiannya akan menghantar jawapan kepada pelajar terbabit melalui sejenis jam pintar.

Gambar-gambar peranti itu dimuat naik oleh rektor universiti berkenaan, Arthit Ourairat.

gambar dari Facebook Arthit Ourairat






No comments

Powered by Blogger.