Header Ads

BNM Yakin Pertumbuhan Ekonomi Capai Sasaran

zeti-akhtar-aziz
Bakal cecah antara lima hingga enam peratus tahun ini

GABENOR Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengulangi keyakinannya bahawa Malaysia akan mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus tahun ini.
Katanya, Bank Negara tidak pernah berganjak daripada sasaran pertumbuhan KDNK yang pernah disebutkan sebelum ini.

pix_gal0

GABENOR Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengulangi keyakinannya bahawa Malaysia akan mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus tahun ini. Katanya, Bank Negara tidak pernah berganjak daripada sasaran pertumbuhan KDNK yang pernah disebutkan sebelum ini. “Kami mempunyai keyakinan tinggi bahawa angka yang akan dicapai berada dalam julat berkenaan,” katanya selepas melancarkan Platform Kewangan Islam Komprehensif Bloomberg di Kuala Lumpur, semalam.

Jumaat lalu, BNM mengumumkan pertumbuhan KDNK Malaysia tahun lalu mencatatkan sebanyak 7.2 peratus, mengetepikan Singapura untuk menjadi ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara.
Peningkatan pertumbuhan itu juga dicerminkan oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang meningkat 12 peratus sejak lebih 12 bulan lalu.
Walaupun, berlaku peningkatan ringgit namun Bank Negara, katanya sentiasa memastikan tukaran asing negara berfungsi secara teratur.

“Kita mempunyai aliran masuk dan keluar, walaupun ringgit meningkat secara beransur-ansur, ia berlaku dalam keadaan yang sangat teratur,” katanya.
Mengenai terdapat keperluan menaikkan kadar faedah bagi menangani inflasi pada tahun ini, Zeti berkata, pihaknya perlu mengambil kira secara terperinci semua risiko langkah berkenaan terhadap pertumbuhan ekonomi sebelum melaksanakan apa juga perubahan dasar kewangan.

“Ia bergantung ke atas apakah risiko yang berkaitan dengan inflasi jika dibandingkan dengan risiko kepada pertumbuhan ekonomi.
Mengenai kemungkinan kenaikan Keperluan Rizab Berkanun (SRR), Zeti berkata, pihaknya akan membuat penilaian mengenai keperluan berkenaan.
“SRR ialah instrumen dasar monetari bagi mengurus kecairan dan jika keperluan berbangkit, ia menjadi antara instrumen yang boleh digunakan,” katanya.
Zeti berkata, Malaysia, Hong Kong dan Australia adalah antara tiga negara yang mempunyai pasaran sekuriti hutang swasta yang besar berbanding pasaran sekuriti hutang kerajaan.
“Malaysia mempunyai pasaran sekuriti hutang korporat yang signifikan, membabitkan konvensional dan sukuk,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.