Header Ads

Besarnya Pahala Orang Menipu..

Asalamaulaikum.. lama sungguh tak menulis, almaklumlah busy.. hehe.. berbalik pada tajuk, tajuk atas tu saje je nk suh gempak.. huhuh.. sebenarnya “BESARNYA PAHALA ORANG MENIPU SUNAT”.
(tipu yang dibolehkan @ tipu sunat yang dikenali dengan masyarakat melayu).Teringat peristiwa 2 minggu lepas semasa di Midvelly, selepas balik daripada  appointment apiez singgah lah kt kedai makan (dirahsiakan) area midvalley, suasana mula-mula tenang, tenang tak tenang manalah biasalah kedai makankan.. tiba-tiba susana kecoh, satu kedai ketawa, ingatkan ape. Rupa-rupa….., alahai kesian kt akak tuh jatuh.. memang melampaulah diaorang nih boleh dia ketawa sampai terbahak-bahak cover lah sikit, dah lah akak tu jatuh, sakit lak tuh.. nilah masyarkat kita pada hari ini benda macam tu pun boleh di buat bahan ketawa.. dalam pada masa itulah Apiez teringat mengenai cerita Abu Abdurrahman Hatim Bin Alwan yang merupakan seorang ulama yang sangat taat dengan ajaran agama, dengan beribadah kepada Allah s.w.t.

violin_broken

laughter2


Abu Abdurrahman mendapat gelaran Al-Asham yang bermaksud orang pekak.  Abu Abdurrahman ni bukan orang pekak, tetapi beliau mendapat gelaran ni sebab dia ingin menjaga kehormatan dan perasaan seorang wanita. Pada suatu hari, seorang wanita datang berjumpa dengan Abu Abdurrahman untuk bertanyakan masalah agama. Ketika wanita itu mengajukan pertanyaan, tiba-tiba  wanita itu terkentut di hadapan Abu Abdurrahman dengan bunyi yang sangat kuat. Situasi ini merupakan inseden yang amat memalukan wanita tersebut sehingga wanita tersebut gugup dan terketar-ketar serta wajahnya menjadi pucat.
Abu Abdurrahaman sangat tahu perasaan wanita itu dan beliau berusaha mengelakkan wanita itu dari bertambah malu. untuk menjaga perasaan wanita tersebuat Abu Abdurrahman telah berkata, “ Kuatkan Suara Kamu!”.  Abu Abdurrahaman  telah berpura-pura menjadi pekak dan berkali-kali menyuruh wanita itu menguatkan suaranya. ketika itulah wajah wanita itu kembali normal kerana pada fikirannya tentu Abu Abdurrahaman pekak dan tidak mendengar bunyi kentutnya yang sangat kuat tadi.
Sejak daripada itu, Abu Abdurrahman Hatim Bin Awlan telah digelar Al-Asham. sehingga Abu Abdurrahman Hatim Bin Awlan meninggal dunia, beliau terpakasa berlakon sebagai pekak semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah orang lain.
Masayallah sungguh besar pengorbanan Abu Abdurrahman Hatim Bin Awlan, tapi pada zaman sekarang ni ada lagi tak umat islam macam Abu Abdurrahman Hatim Bin Awlan ni? mudah-mudah ada, tapi selama apiez hidup ni tak pernah jumpe lagi hamba Allah macam Abu Abdurrahman Hatim Bin Awlan ni sangup berkorban sehingga akhir hayatnya. zaman sekarang ni kebanyakan benda-benda macam nilah buat bahan ketawa dan penyedap ceritakan, tak boleh ke kita mencontohi Abu Abdurrahman Hatim Bin Awlan. macam pengalaman Apiez 2 minggu lepas tak boleh ke orang dalam kedai tu buat- buat tak nampak apa yang berlaku, yang diaorang tahu ketawa, yang tk terbahak-bahak ada gak sambil tengok akak tuh dia senyum kat akak tuh, sunguh kejam.. huhuh..
Akhir sekali inagatlah kita sebagai umat isalam dan sebagai hamba Allah s.w.t, kita di galakkan menjaga kehormatan dan keaiban orang lain supaya perasaan mereka tidak tergangu, sekalipun dalam keadan yang sangat sukar. Islam mengharuskan pembohongan dalam keadaan yang diizinkan semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah orang lain.

Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a., sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia.
Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.” (Hadis riwayat Bukhari)

Red rose Jadi fikir-fikirkanlah.. Selamat beramal.. Asalamulaiakum.. Winking smile

No comments

Powered by Blogger.