Header Ads

Telefon boleh berubah bentuk

Sangat teruja dengan tajuk ahbar sinar “Telefon boleh ubah bentuk dicipta”…mula2 baca tajuk ni Apiez ingat Saintis nak cipta Telefon yang dapat bertukar-tukar boleh jadi bentuk atau benda lain.. kalau dalam cerita transformers kereta boleh jadi robot..huhuh

 images copy

 

Seattle-Telefon pintar masa akan datang mungkin berupaya berubah bentuk bagi memberikan maklumat yang tidak mampu diberikan melalui bunyi atau paparan telefon kepada pengguna.


Sepasukan penyelidik sains komputer di University of Washington membangunkan telefon bimbit yang boleh dipicit, SqueezeBlock, menggunakan motor kecil yang dibina di dalam bekas telefon dengan fungsi yang sama seperti spring.

8299367
Pengesan tekanan pada peranti itu akan mengesan jumlah tenaga yang dikenakan ke atas bekas telefon, manakala motor akan mengawal tindak balas yang sesuai.
Kadar picitan boleh dikawal oleh status telefon untuk menyampaikan maklumat asas mengenai keadaan telefon bimbit tanpa memerlukan pengguna melihat atau mendengarnya.


Sebagai contoh, jika bateri telefon masih penuh, telefon sukar dipicit kerana berada dalam keadaan keras tetapi jika bateri peranti itu hampir habis, ia akan mudah dipicit seperti memicit bola getah.

Selain itu, tahap keanjalan telefon itu juga boleh memberi maklumat lain seperti jumlah emel penting yang belum dibaca.

No comments

Powered by Blogger.