Header Ads

Pencarum umur 75 tahun diminta keluarkan simpanan

 

index copy

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diminta mengeluarkan simpanan mereka apabila mencapai umur 75 tahun.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, ini berikutan tiada lagi caruman yang akan diterima selepas menjangkau umur berkenaan serta tiada lagi dividen diberikan ke atas jumlah simpanan pencarum.

Katanya, jumlah simpanan pencarum juga akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut apabila mereka telah mencapai umur 80 tahun.

"Caruman KWSP adalah simpanan untuk kegunaan hari tua iaitu kegunaan selepas mereka tidak lagi bekerja atau bersara. Jadi, inilah masanya mereka menikmati jumlah simpanan itu. Kenapa perlu hendak simpan di sini (KWSP) lagi?

"KWSP bukan macam bank. Sebab itu, kita tidak menggalakkan mereka untuk terus simpan wang di KWSP kerana selepas umur 75 tahun, kita tidak akan lagi membayar dividen,” katanya. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.