Header Ads

ILMU DARIPADA WAHYU

Ilmu daripada wahyu diistilahkan sebagai ilmu “tanzil” ( ilmu yang diturunkan daripada langit). Definisi Wahyu ialah “ kalam Allah S.w.t yang diturunkan ke atas Nabi atau RasulNya melaui malaikat jibril. Ia perlu disertai dengan mukjizat. Mukjizat adalah perkara-perkara yang luar biasa yang dikurniakan Allah kepada Rasul-rasulnyaNya untuk menyakinkan umat manusia bahawa risalah yang dibawa oleh mereka itu adalah daripada Allah s.w.t. Antara contoh-contoh mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada para rasulnya seperti berikut ;


Nabi Musa A.S :

crossing-the-red-sea

Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan [Al-Baqarah:50]

Nabi Allah Musa AS dikurniakan Allah sebanyak 9 mukjizat sebagaimana yang direkodkan dalam Al-Qur'an. Antara mukjizat yang dikurniakan itu ialah berupa tongkat yang boleh berubah menjadi ular dan membelah Laut Merah. Adapun bukanlah kuasa tongkat itu yang menyebabkan mukjizat dan bukan juga kuasa Nabi Musa, akan tetapi hakikatnya mukjizat itu didatangkan dari Allah SWT lalu disandarkan ke atas Nabi-Nya sebagai bukti kenabian.

alextornberg_jormungandKisah Nabi Musa membelah Laut Merah untuk menyelamatkan kaumnya dari kezaliman Firaun (dikatakan Ramses II) bukan saja dicatatkan di dalam Al-Qur'an bahkan ada disebut di dalam Taurat orang Yahudi dan Perjanjian Lama (Old Testament) orang Kristian. Para saintis Barat sangat berminat untuk mengkaji peristiwa mukjizat ini dan beberapa teori telah dikemukakan sebagai membuktikan kebenaran mukjizat tersebut.

Nabi Isa a.s :

healing_of_the_blind_manAntara mukjizat Nabi Isa ialah mencelikkan semula orang yang sudah buta dan menghidupkan orang yang usah mati. sedangkan pakar-pakar perubatan Mesir pada masa itu tidak mampu berbuat demikian.

Mukjizat berbeza daripada sihir atau silap mata kerana sihir adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari oleh manusia biasa. Ia boleh dipersembahkan dan ditunjukkan kepada peminat seperti mana yang dilakukan oleh David Coperfiled seorang ahl;i sihir (magic) yang terkenal di dunia. tetapi wahyu yang diterima oleh Rasullulah s.a,w diturunkan secara tiba-tiba dalam masa kecemasan atau keperluan, untuk menjawab soalan sahabat atau orang yang bertanya bagi menyelesaikan sesuatu masalah.



 
Waktu wahyu turun tidak boleh ditentukan sebelumnya tetapi ia adalah mengikut kehendak Allah s.w.t sendiri bukan rasul-rasulNya yang menetapkan untuk menurunkan wahyu.  Wahyu membawa syariat, perundangan, Sejarah manusia awal, berita mengenai alam gahib dan nialai-nailai akhal yang mulia. ilmu sihir tidak mebawa ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh manusia jelata.
 

Wahyu terkandung dalam buku suci seperti :
 


  • Zabur Diturunkan kepada Nabi Daud a.s (David)
  • Taurat yang diturunkan oleh Nabi Musa a.s (Moses)
  • Injeel yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s (Jesus, Al-Masih)
  • Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w



Semu nabi Allah Membawa Ilmu tauhid iaitu Allah adalah satu, Maha esa dan dia adalah tempat bergantung segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak seseorang yang setara dengan Dia. (a-Ikhlas, 112 ;1-4)
Sifat Allah seperti inilah yang diaktakan Tauhid yang tulen yang tidak menyerupakan Allah dengan makhluknya. Tiap-tiap buku suci Allah membenarkan Tauhid. Islam mengiktiraf kerasulan semua nabi berkenaan. mereka dianggap tinggi disisi Allah s.w.t.  

 JoM Study…..
Sumber : Sejarah Pemikiran : Sumber ilmu perbandingan Ideologi, dan orde baru Dunia

No comments

Powered by Blogger.