Header Ads

Kebahagiaan Terletak DitanganMu...

 



Bismilahirahmanirahim.. Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, alhamdulillah, dengan kurniaan yang diberikan oleh mu Ya Allah aku dapat bernafas, melihat keindahan alam ciptaan mu, dan dengan limpahan ilmu yang tidak terhingga.. Ya Allah, jauhkan diriku dengan sifat-sifat yang tidak bersyukur, sesungguhnya sifat-sifat itu merupakan kemurkaan mu… Alhamdulillah hari ini Aku bahagia, kebahagian ini merupakan limpah dan kurniaan mu yang sangat bermakna kepada ku.. masyallah… sungguh besar nikmat mu…walaupun kadangkala Aku rasa pelbagai masalah yang menimpa..pelajaran, exam dan seangkatan dengannya.. tapi alhamdulillah, dapat juga ditempuhi hari-hari mendatang tanpa tekanan…    

Bila sebut pasal hati, kebahagian teringat kat seseorang..teringat kat Umi dan Abah kat Umah, mereka nilah permata hatiku.. sebelum datang UKM, Umi pesan, long, kt sana  belajar rajin-rajin, belajar jangan sampai tertekan, ingat Allah setiap apa yang dilakukan, dalam keadaan senang dan susah.. ingat long Allah tak pernah meninggalkan kita, kecuali kamu yang leka!.. Aku tanya umi. umi macam mana kalau kat sana long susah hati, ada masalah dan tertekan?.. umi aku jawab dengan tenang, bersihkan hati, mohon kepada Allah..takkan kamu nak bergantung dengan Umi dan Abah?  kalu Umi dan abah ada kat sana pun,  Umi dan abah tak akan tongkat langit selama-lamanya ( terkedu aku dengar bila umi ckp macm tu), Ingat kepada Allah lah kita berserah.. itulah kata-kata Umi sebelum aku menjejak kaki aku ke UKM…  (diterjemahkan balik dalam bahasa Standard) 


Jadi sama-samalah kita ingat mengingati sesama umat Islam, kerana kita dicipta oleh Allah sebagai Khalifah di muka buminya.. marilah sama-sama kita menghayati bahawa dengan membersihkan hati kita, dapat memiliki nikmat Allah iaitu kebahagiaan;

Kebahagian adalah satu nikmat yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita. Untuk mencapai kebahagiaan serta ketenangan , hati perlulah bersih dari segala perkara-perkara yang boleh mengotorkan hati. Hati yang bersih adalah salah satu faktor kebahagiaan seorang Muslim. Apabila kita bahagia, hidup akan tenang, hubungan kita dengan Allah S.W.T. akan menjadi mudah, hubungan kita sesama manusia akan menjadi rapat dan hubungan kita dengan alam lebih terjaga.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"... Ketahuilah bahawa di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka seluruh tubuh menjadi baik dan jika rosak, maka seluruh tubuh pun menjadi rosak. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (HR Bukhari-Muslim)

Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya Mazmumah di dalam hati. Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia :

Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Bukanlah orang kuat itu kerana selalu menang, akan tetapi orang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan nafsunya ketika marah" (HR Bukhari-Muslim)

Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

Hasad dengki - amalnya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

"Daripada Abu Hurairah ra, sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: "Jauhilah oleh kalian hasad (iri hati), kerana sesungguhnya hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api melalap kayu bakar! atau rumput "

Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan Pangkat dan lain-lain daripada dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi Allah benci orang yang abid tetapi bakhil. Walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.

Dari Jabir ra, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda; " Takutlah perbuatan zalim itu kerana kezaliman adalah kegelapan-kegelapan pada hari kiamat. Dan takutlah dari sifat kikir dan tamak, kerana kikir dan tamak telah menghancurkan orang-orang sebelum kamu, ia menyebabkan mereka saling membunuh dan saling menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atas mereka" (HR Muslim) Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Sebagai seorang Islam, kesabaran itu adalah sebahagian dari iman.

Allah swt telah berfirman, "Hai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan lah kesabaran mu" (Al-Imran;200)

Ego - ibu segala mazmumah, ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

Dari 'Iyadh Ibn Himar ra, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda;"Sesungguhnya Allah S.W.T. telah mewahyukan kepada aku agar kalian saling merendahkan diri (tawaduk) hingga tidak seorang pun di antara kalian saling berbuat zalim terhadap yang lain , dan agar tidak seorang pun di antara kalian merasa bangga atas yang lain" (HR Muslim)

Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

Allah S.W.T. telah berfirman :

" Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allahlah yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud riak (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali." (An-nisa:142)

Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi- bahagi dan akhirat dibawa mati.

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara keseluruhannya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain-lainnya tetapi ialah Mazmumah. Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak bahagia. Sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
[besarkan gambar ni]  


10 Perkara Yang Mematikan Hati.

1.      Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan haknya.

2.      Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.

3.      Kamu kata cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tidak mengikuti sunahNya

4.      Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.

5.      Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya

6.      Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.

7.      tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk selepas kamu mati.

8.      Kamu selalu sibuk dengan keaiban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.

9.      Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kami tidak bersyukur kepadaNya

10.  Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.


Sabda Nabi s.a.w :

" Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai. Tetapi jadilah kamu air bah, mengubah , dunia dengan amalmu ".

Dari Auf bin Malik r.a. katanya : " Rasullullah S.A.W. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal sebahagian dari - doa beliau, mengucapkan :" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat, sihatkanlah dia: maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya; basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan jauhkanlah dia dari seksaan api neraka ! Kata ' Auf : " Sampai saya ingin, hendaknya mayat itu saya."


3 comments:

  1. salam..

    apiez apa kbr?? mcm mne nga exam?? arap2 smue berjalan ngan lancar..
    terharu ble baca entry terbaru ni.. bukan apa, teringat pesan mak dan ayah masa mula2 nk sambg belajar kt tmpat org..

    sama2 kita doakan supaya kita tidak tergolong dalam manusia yg mempunyai sikap2 mazmumah serta dijauhkan dari 10 perkara yg mematikan hati..

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam haida, alhmdulilah setakat ni exam 1 dan 2 berjalan lancar.. esok paper ke 3.. mudah2han berjalan lancar jugak.. maaf baru aprove komen sb hari busy..

    emm teringat bila2 nk last belajar ni, kembali mengingati kenangan lama time2 mula2 belajar...heheh.. insyallah mudah-mudah kita dijauhkan allah drp sifat mazmunah..amin

    ReplyDelete
  3. SALAM...BPESAN-PESAN KPD KeBAIKAN SESUNGGUHNYA IANYA ILMU YANG AMAT BERGUNA...:b:

    ReplyDelete

Powered by Blogger.