Header Ads

Jawapan Kepada Pertanyaan Umi-e

Kenapa Pen-drive tak dapat dibaca ??






Asalamualaikum dan Selamat pagi Semua :) ... hari Apiez nk kongsi kan serba sedikit mengenai ilmu thumbdrive atau ada yang pangilnya pen-drive.. sebenarnya Apiez post ni disebabkan ingin menjawab masalah yang dihadapi oleh Umi-e dimana dalam post apiez yang lepas umi-e telah menyatakan masalahnya "kalau pen-drive atau external drive tak boleh dibaca oleh computer camna? * umie ada masalah itulah* "... jadi untuk menjawablah pertanya umi-e dengan maklumat sikit2 Apiez post maklumat mengenai   pen-drive atau thumbdrive..

kita sebagai pengguna seharusnya mengatahui apa yang perlu sebelum membeli pen-driv, antaranya : 

1.Capacity… 1 gig agak kecil sekarang jadi . Walaubagaimana pun ia bergantung kepada keperluan masing-masing.. kalau setakat nak simpan file word atau beberapa image atau music mp3 tak ada masalah.

2.Speed ..ini bagi saya paling penting terutama bagi mereka yang ingin membeli thumbdrive yang berkapasiti besar. Sebagai cth jika anda membeli thumbdrive 4 gig..dan anda ingin transferkan file sebesar 3 gig.. Jika speed writing pada thumdrive anda slow ia akan mengambil masa untuk transferkan file tersebut. Ramai yang mengeluh transfer file yang besar ke thumbdrive begitu slow. Itu sebab jika kita perhatikan terdapat banyak thumbdrive yang berkapasiti yang sama besar tetapi berlainan harga. Tapi jika anda tak kisah pasal speed write/read..terpulang pada anda

3.Realibility – ini penting kerana anda mungkin menyimpan data penting dalam thumbdrive anda. Memang ada yang terlalu murah tetapi kurang reliable…anda mungkin kehilangan data atau data tak boleh dibaca. Dalam hal ini jenama seperti Sandisk, Pendrive. Kingston, Kingmax, bagi saya ok, tp ada satu jenama ni namanya Apacer kadang-kadang je menjadi, contonya bila kita guna kat laptop kita jd, bila msk kan kat laptop kawan tak dapat baca..
4.Utility – Jika kita membeli thumbdrive disertkan sekali utiliti atau software untuk tujuan create password / create hidden partition, file recovery dan sebagainya. Ini perlu jika di dalam thumdrive ada beberapa file yang penting ia dapat anda mengelakkan dari dibaca atau dipadam dan sebagainya. walaubagaimana jika tiada terdapat beberapa utility untuk thumbdrive boleh anda download dari internet.

5. Warranty – Bukan semua thumdrive yang dijual dipasaran disertakan dengan warranty. walapun warranty yang disediakan tidak termasuk kehilangan data tetapi warranty lebih kepada pengantian baru thumbdrive.
6. Compatibility. – Ini juga penting jika anda menggunakan pelbagai OS. Jadi anda boleh akses file dari thumbdrive dari sebarang OS cth XP, Vista, MacOs even linux. Namun kebanyakkan thumdrive yang dijual dipasaran sekarang tidak ada masalah untuk acces data dari pelabagai OS.

7. Extra Features – Jika anda menggunakan Vista tentu anda pernah terbaca mengenai ReadyBoost. Readyboost bertindak sebagai sampingan kepada ram di dalam pc anda. Jadi di dalam kes ini jika anda menggunakan USB thumbdrive Vista akan menggunakan Thumbdrive sebagai tambahan memory kepada ram. Jadi performance Vista akan lebih baik. Walau bagaimana pun tak semua USB thumdrive sesuai digunakan untuk tujuan Readyboost. Jika speed write/read slow ia tidak sesuai untuk tujuan ini. Kebiasaanya pada packaging ada tertulis Vista ReadyBoot Ready. Jika tidak ada tertulis tetapi speed write/read thumbdrive anda laju boleh juga digunakan untuk tujuan ini.

Tips Mengunakan Thumbdrive:

1. Elakkan menggunakan thumbdrive di pc ditempat awam cth cybercafe, makmal komputer, (lab fssk penuh dengan segala virus huhuh..) di sekolah/kolej/universiti. Jika terpaksa pastikan pc anda di install antivirus. Seperti zaman disket, Thumbdrive juga antara penyebab penyebaran virus.

2. Elakkan mencabut keluar terus USB drive dari USB port. Jika kita mengguna WinXp atau Vista di taskbar icon USB thumdrive . Right click pada icon ini dan click pada “Safely Remove Hardware”. Memang anda boleh cabut terus tetapi jika terdapat keadaan di mana USB masih writing atau reading ia akan menyebabkan kerosakan pada Thumbdrive tersebut.

3. Buat backup pada thumbdrive anda. Jika anda mempunyai h’disk yang masih kosong buat satu parition untuk backup data yang ada di dalam thumbdrive. Inilah yang saya lakukan sebagai cth saya ada 2 gig thumbdrive saya buat satu partition pada h/disk sebesar 2 gig. Dengan menggunakan utility seperti Allway Sync saya boleh synchronize kan data samada dari usb thumbdrive atau dari patition untuk backup thumdrive. Jika saya tambah file ke partition software ini akan tambah juga ke dalam thumbdrive begitu juga sebalikknya. Sebagai cth jika ada save data ke dalam Usb thumdrive menggunakan pc lain. Jika anda cucuk thumbdrive anda ke pc anda yang ada software ini, ia akan backup secara automatik ke dalam partition yang anda buat untuk tujuan backup thumbdrive tadi. Kenapa ini penting.  Macam-macam perkara boleh belaku sebgai cth kehilangan thumbdrive, data tidak boleh dibaca, file corrupt atau kemungkinan anda terdelete file-file yang penting..

3 comments:

  1. ahahaha tu la pasai
    klo cucuk thumbdrive jer msti ad virus =.="

    ReplyDelete
  2. hahah.. sbtulah owg tk mencucuk pendrif di merata2 tempat.. heheh seram, klu pendrif rosak tkpe.. ni past cucuk kt lab@ CC penuh virus msk, pastu cucu kt PC@ laptop, habis kena serangan virus..huhuhuh..

    ReplyDelete
  3. Hello tο eveгy boԁy, іt's my first pay a visit of this web site; this web site includes remarkable and really good material in support of visitors.

    my web blog; online casino
    Check out my weblog ... casino online

    ReplyDelete

Powered by Blogger.