Header Ads

Kelebihan Sujud.


Stress dan tension betul dengan kerja-kerja yang melambak..Sampaikan kepala jadi pening, hemm.. dalam pening-pening aku layan internet gak..huhuh.. boring tak tahu nak buat ape, tapi tiba-tiba aku terbaca kelebihan sujud.. hemm jadi aku bacalah woo. Satu yang tak disangka-sangka sujud ni boleh menghilang kan sakit kepala, emm.. yang aku tahu sembahyang boleh menghilangkan stress dan kegusaran dalam hati. Tapi satu ilmu baru telah aku dapat di mana sujud boleh menghilangkan Stress, Tension dan Sakit kepala, gelisah dan dalam bahasa org putihnya nervous..jadi aku tulis lah lam blog ni untuk berkongsi dengan korong. Dengan sujud akan terlepas segala penyakit Stress, Tension dan Sakit kepala, gelisah, nervous,dan apa yang aku tulis ni adalah benar dan sahih bukan cerita rekaan yang nak penuhkan halaman blog ni huhu..
ini adalah kerana terbukti dengan kajian yang dibuat oleh Dr. Muhammad Dhiyaa’uddin Hamid, beliau nih merupakan Seorang Pensyarah jurusan biologi dan ketua jabatan radiasi makanan di institusi penelitian teknologi radiasi.  Apabila tubuh manusia lebih terkena kepada sinaran mata hari dan manusia terdedah kepada tekanan elektrik atau medan magnet, oleh itu terjadilah beberapa kesan badan kita akan bertambah kandungan elektrik di dalam tubuh. Oleh sebab itu Dr. Dhiyaa mengatakan sesungguhnya sujud itu boleh menghilangkan zat-zat atau pun boleh menghilangkan sakit.
Menurut Dr. Dhiyaa, salah satu dalam organ tubuh dapat membantu manusia merasai suasana persekitaran, dan oragan tubuh berinteraksi dengan dirinya dan ditambahkan lagi dengan medan magnet yang dihasilkan oleh tubuh manusia menyebakkan gangguan merosakkan fungsi orang tubuh sehingga akhirnya mengalami penyakit moden yang dikenali kejang-kejang otot, radang dalam tengkuk, mudah letih, lelah, Sterss, sering lupa dan migrant.


Hemm untuk mengatasinya, cara yang paling mujarab ialah dengan sujud. Jika kita ingat salah satu perintah yang Maha Esa supaya kita sujud kepadanya dengan solat lima waktu. Di mana sujud yang dinyatakan oleh Dr. Dhiyaa ini sama dengan solat, di mana sujud dimulai dengan meletakkan dahi ke bumi (lantai), dan secara langsung 7 anggota badan turut sujud (dahi, hidung, kedua telapak tangan, kedua lutut dan kedua kaki) . Maka di dalam sujud akan mengalir ion-ion positif yang ada dalam tubuh ke bumi ( sebagai tempat ion-ion negatif) dan seterusnya sempurnalah aktiviti peneutralan oleh kesan  ketegangan dan magnet di dalam tubuh kita. 

     

          Dan selama penelitian beliau, untuk menyempurnakan proses peneutralan disebabkan kesan magnet dalam tubuh kita, maka sujud haruslah menghadap ke Makah (Ka’bah), iaitu aktiviti yang dilakukan di dalam solat. Ini adalah kerana Makah adalah pusat bumi alam semesta. Dan kajian semakin jelas bahawa menghadap ke Makah ketika sujud adalah tempat yang paling utama untuk meneutralkan kita daripada perkara yang mengganggu fikiran dan akan membuat kan kita relaks dan tenang.

             Hemm.. sebagai pengajaran aku berpesan kepada diriku dan kepada semua kawan-kawan Sesungguhnya kita sebagai umat Islam mestilah menghayatinya dan mestilah bangga bahawa kita telah dilahirkan sebagai umat Islam. Jadilah kita umat Islam sejati dan Jangan jadi Islam baka saja. Dan ingatlah sekali kita melakukan dosa, jika kita cepat-cepat sedar alhamdulillah itu tandanya Allah masih sayang pada kamu dan jika sedar dan buat balik. Tak tahulah nak cakap.. fikirlah sendiri.  

No comments

Powered by Blogger.