Header Ads

Hidup Jawi



Hemm.. teringat pula nak tulis tentang isu tulisan jawi yang semakin saban hari semakin dilupakan oleh masyarakat Melayu kita. Tapi di UKM tulisan jawi masih digunakan, buktinya Ella kawan aku suh aku terjemahkan tulisan jawi lam tulisan rumi.. dia bukan tak pandai tapi busy banyak keja. huhuhu.. hemmm insya-Allah kalu sempat.. hemm berbalik isu tulisan jawi, sedih-sedih tulisan ni semakin dilupakan oleh masyarakat Melayu ada sesetengah orang aja yang tahu tulis dan baca tulisan jawi ni.. dah nak mati ke tulisan ni? , ni lah disebabkan arus kemodenan dan hidup dalam dunia tanpa sepadan.
Hemmm ada gak manusia yang bangan, mengatakan “ Ah! Peduli apa aku tulisan jawi, takda Class. Baik belajar tulisan cina, korea ke, baru Class.. memang bangan kuasa 15..huhuh.. cubalah fikir apakah kita perlu korbankan warisan nenek-moyang kita hanya semata-mata kita ingin dilihat hebat dan moden?
Dan ada juga menentang perkembangan tulisan jawi. Dalam blog Teresa Kok. Beliau menentang penggunaan huruf jawi pada papan tanda nama jalan di Kuala Lumpur. Dalam hal ini beliau tidak boleh dianggap dianggap ‘racist’ atau perkauman kerana beliau bukan Melayu.
Tetapi aku percaya kalau ada orang Melayu yang menentang penggunaan huruf Cina di papan-papan iklan, pastinya orang Melayu itu akan dituduh ‘racist’. Sebab apa? Sebab orang itu Melayu. Di Malaysia sekarang adalah ‘berdosa’ kalau kita menegur orang bukan Melayu, tetapi kalau orang bukan Melayu tegur kita, itu tidak menjadi masalah. Kalu korang tak percaya tengok gambar kat bawah ni :
wah bukan main ko bantah ek...
 
tengok kalu papan tanda macam ni boleh pulak??? 
 kenapa benda macam ni boleh jadi?? hemm senang je.. orang kita sendiri tak ambil endah tentang tulisan jawi,lambang bangsa kita bangsa melayu. tapi orang bukan melayu bersemangat menghidupkan warisan dan tulisan mereka. sebagai pewaris bangsa melayu aku sokong 100% pejuang tulisan jawi.. hidup tulisan jawi.. 
واهاي بڠسا ملايو، باڠله كامو دڠن واريثن ملايو تورون-تمورون. سسوڠاوهڽ تنڤا توليسن جاوي، توليسن رومي تيدق وجود. دان ايڠتله تياد واريثن دولو تيدق اد توليسن مودن سكارڠ.

No comments

Powered by Blogger.