Header Ads

Kolej Pendeta Za'ba UKM

Sejarah Kolej Ku Yang Tersayang..
~ Di mana bumi kupijak, di situ langit kujunjung... ~

Kolej Pendeta Za'ba mula dibina sekitar tahun 2001 dengan keluasan 15 hektar. Ia mempunyai 8 blok asrama dan mampu menempatkan seramai 3860 pelajar. Pembangunan Kolej Za'ba diuruskan sepenuhnya oleh Kausar Corporation Sdn Bhd manakala urusan yang melibatkan pelajar akan diselia oleh Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM.
Kolej Za'ba mula dibuka pada semester dua Sesi Pengajian 2004/2005. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Kolej Kausar. Buat permulaannya, hanya 690 pelajar yang terdiri daripada prasiswazah dan pasca siswazah ditempatkan di dua blok iaitu Blok A dan Blok B. Kolej ini dijangka siap sepenuhnya pada semester dua Sesi Pengajian 2005/2006.
Pada sesi pengajian 2005/2006, Kolej Za'ba dijangka akan menempatkan seramai 2280 pelajar merangkumi 700 pelajar Tahun 1, 1040 pelajar senior dan selebihnya adalah pelajar pasca-siswazah. Selaras dengan itu, dijangka lima blok akan dibuka iaitu Blok G dan H untuk pelajar lelaki dan lima blok untuk pelajar perempuan iaitu Blok A,B, C, D dan E.

Kolej ini merupakan kolej kedua terbesar di UKM. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik seminar, bilik mesyuarat, bilik TV yang dilengkapi Astro, kafeteria yang berkonsepkan santai, pasar mini, kedai fotostat, perkhidmatan telefon serta kedai memproses gambar. Disebabkan kolej ini masih baru lagi, dijangkakan kemudahan seperti mesin ATM, gelanggang futsal, perkhidmatan Internet WiFi, bilik gim serta bilik muzik untuk aktiviti kesenian dan kebudayaan akan disediakan secara berperingkat.
Objektif utama pembukaan kolej ini adalah untuk menjadikan Kolej Pendeta Za'ba sebagai pusat aktiviti pelajar, samada dari perspektif akademik mahu pun ko-kurikulum seperti sukan, rekreasi dan sebagainya. Pihak pengurusan kolej sentiasa bekerjasama dengan Jawankuasa Perwakilan Pelajar (JAKSA Kolej) bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelajar dalam mewujudkan satu suasana kampus yang kondusif kepada penghuni-penghuni di kolej ini.




Pemandangan Di Kolej Pendeta Za'ba







MMS Malam Resepsi Gemilang Zaba 2009




3 comments:

  1. what???
    kolej tersayang...
    klau sayang knpe dh tukar kolej..
    haha...
    propa je kn.....
    kn dh kantoi...
    haha....

    ReplyDelete
  2. hahah.. ala, biasalah lah manusiakan.. masa dekat dulu tk syg.. tp bila dh tinggal syg lak..huhuh.. em sama lah ng manusia kn klu hari2 kat depan mata biasa je.. tp bila dh duk jauh, dh ditinggalkan rasa sayang pn muncul..wah ayat..hahahahah

    ReplyDelete
  3. nice vdo,,btw,,cm mne nak upload lam blog ea?? i mean vdo2 nie?
    btw,abg da 2 kar kolej ea??

    ReplyDelete

Powered by Blogger.