Sejarah UKM
Visi UKM
bertekad menjadi Universiti terulung yang menjadi pelopor inovasi mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.
Menjadi pusat ilmu terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta menyejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.
Lewat tahun-tahun 30an, idea ini terus berkembang dan tersemat dalam sanubari orang Melayu, khususnya semasa zaman penjajahan. Namun begitu, ia diperjuangkan secara terbuka dan aktif pada tahun-tahun 40an dan 50an apabila Persekutuan Kesatuan Guru Melayu Semenanjung mendesak agar Bahasa Melayu mendapat tempat sewajarnya di negara ini dan mendesak agar tahap sekolah-sekolah Melayu ditingkatkan supaya para pelajarnya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
Pada tahun-tahun 60an, permintaan ini diulangi dan perbincangan terbuka diadakan. Sekumpulan intelek Melayu telah berkumpul untuk membincangkan gagasan bagi sebuah universiti kebangsaan, bukan sahaja bagi keperluan orang Melayu tetapi keperluan rakyat Malaysia. Idea ini diterima dengan baik oleh semua pihak. Sejak itu, permintaan rakyat mula mendapat perhatian sewajarnya.
Pada tahun 1969, sebuah jawatankuasa penaja telah ditubuhkan dan menerbitkan sebuah laporan yang mengesyorkan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Laporan itu membentuk asas universiti ini. Kebanyakan daripada syor diterima sebagai garis panduan dalam penubuhan rasmi universiti ini pada 18 Mei 1970.
Maka, kelahiran universiti ini merupakan peristiwa yang sungguh bersejarah. Ia dibina atas keringat dan pemikiran rakyat yang mempunyai visi tentang keperluan universiti ini. Kejayaan yang universiti ini telah capai sejak dari awal penubuhannya membuktikan kejayaan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di peringkat universiti dan ini tidak dapat disanggah oleh sesiapapun.
Canselor
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Almarhum Tuanku Ja'far Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
DK (Negeri Sembilan), DKM, DMN, DKMB (Brunei), DK (Kelantan), DK (Kedah), DK (Selangor), DK (Perlis), DK (Johor), DK (Pahang), DK (Terengganu), DK (Perak), Commander Grand Cross with Collar of the Order of the White Rose (Finland), Collar of Civil Merit (Spain), Order of Sikatuna (Philippines), Collar De La Orden Almerito De Chile (Chile), National Order of the Cruzeiro Do Sul (Brazil), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon (Uruguay), Grand Cross With Diamonds the Order "El Sol del Peru" (The Sun of Peru), The Grand Order of Mugunghwa (Korea), Grand Collier De L' Independance (Grand Medal of The Independance, Cambodia), "Orde De La Grande Etoile" (Djibouti), Knight Grand Commander of the Order of the Bath (With Collar) - U.K; LLB (Nottingham), Honorary Doctor of Law (Ohio), Honorary Doctor of Law (Philippines), Honorary Doctor of Law (Nottingham) Honorary Doctor of Law (Santiago, Chile), Honorary Doctor of Law (Brunei Darussalam), Honorary Doctor of Law (Diponegoro, Indonesia)
Yang Mulia Tengku Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Ahmad Rithauddeen Al-Haj bin Tengku Ismail
PMN, SPMP, SSAP, PMK, LLB (Nottingham), Bar-at-Law (Lincoln's Inn, London), LLD (Hon.) (Nottingham), Dr. Un. (Keh.) (UKMalaysia)
Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
DK, DKYR, SPNS, SPMP, PPT, BSc (Wales)
Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid
SSM, PMN, SIMP, SSSA, PNBS, SPMT, DGSM, SSMT, SPNS, SPDK, SPMP, DPCM, JMN, SMP, PJK, BA (Hons) (Malaya), DPA (The Hague), MPA (Harvard), Doktor Kehormat Sains (Pengurusan) (UUM), Hon. Doctor of BA (Nottingham-Trent), Doktor Kehormat Persuratan (UNIMAS), Hon. Doctor in Management (UIAM)
Post a Comment