Header Ads

Makcik pc




Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan sebuah produk terbaru keluaran Mimos Berhad iaitu komputer pertama buatan Malaysia pada 30 Nov 2007. Ini adalah julung² kali produk seumpama ini dikeluarkan oleh negara kita. Komputer ini dinamakan Makcik PC.

Ramai berpendapat nama yang dipilih agak lucu dan bersifat kekampungan tetapi penulis percaya ada motif lain di sebalik nama tersebut. Mungkin jua pemilihan nama tersebut dibuat untuk kelihatan lebih mesra dengan penduduk kampung.


Spesifikasi Makcik PC :-

* Harga diantara RM 500 - RM 1000
* Flash memory
* VoIP Phone
* Berat kurang 800 gram
* Tiada papan kunci dan tetikus
* Skrin sesentuh
* Skrin lebar 16 inci
* Dilengkapi dengan Wi-Fi, Bluetooth dan WiMAX


Selain daripada ciri² yang dinyatakan di atas, ia dinobatkan sebagai komputer paling nipis di dunia. Sasaran utama Makcik PC ialah penduduk luar bandar. Setiap rumah disarankan mempunyai sebuah komputer. Justeru, ia ditawarkan dengan harga rendah. Namun, mampukah ia menandingi komputer yang biasa kita gunakan?? Walau apa pun, teknologi informasi bukan sesuatu yang mudah untuk diterokai. Kajian dan pembinaan sistem pengkomputeran negara yang lebih bagus boleh diperluaskan bertitik tolak dari pengeluaran Makcik PC. Syabas dan tahniah buat tenaga kerja Makcik PC. "

2 comments:

Powered by Blogger.