Header Ads

Al-Quran Sebagai Mukjizat Maknawi

quran
Al- Quran sebagai wahyu atau risalah Allah s.w.t yang terakhir adalah mukjizat yang unggul jika dibandingkan dengan mukjizat yang dibawa oleh rasul-rasul Allah sebelumnya. Mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s adalah dalam bentuk hissi iaitu mukjizat yang mempunyai rupa bentuk. ia boleh dilihat dan boleh disentuh. Mukjizat Al-Quran ialah mukjizat maknawai, iaitu dalam bentuk ilmu. ia boleh diketahui selepas renungan dan fikiran yang mendalam. Mukjizat hissi tidak boleh ditunjukkan atau didemonstarsikan pada masa ini. 
DSC03909
Sebaliknya mukjizat maknawi al-quran boleh dibuktikan kebenaranya hingga masa kini. Malah ia boleh diperiksa kebenaranya bila-bila masa sahaja dari segi ilmu, bahasa, sastera dan berita  yang terkandung di dalamnya. Apabila seseorang itu berfikir secara mendalam tanpa prejudis dia boleh mendapat kesimpulan bahawa kenyataan Al-quran tidak mungkin bersumber daripada Nabi Muhammad s.a.w atau daripada seorang alim ulamak pada waktu itu atau daripada sahabat-sahabatnya. Mukjizat (ilmu) al-Quran akan berkekalan keakhir zaman. Antara sebab-sebabnya ialah Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul yang terakhir. Setiap penemuan dalam bidang sains tabii dan dalam bidang ilmu sains kemasyarakatan akan membenarkan Al-quran. Al-quran membawa ilmu-ilmu tersebut dalam acuan “Tauhid”. Ayat-Ayat  Allah di alam tabii juga membawa kepada Tauhid. Maksud Tauhid ialah tiada Pencipta Yang Lain Melainkan Allah Yang Maha Esa.
  JoM Study …
Sumber : Sejarah Pemikiran : Sumber Ilmu Perbandingan Ideologi, Dan Orde Baru Dunia.



No comments

Powered by Blogger.