Header Ads

'Saya akan kekal sehingga musim depan' - Van Gaal

VAN GAAL: Kami akan menjuarai Piala FA dan kami masih berada di landasan tepat untuk mara ke Liga Juara-Juara Eropah.

LOUIS van Gaal yakin dia akan meneruskan tanggungjawabnya selaku pengendali Manchester United sehingga musim depan.


Pengurus kelahiran Belanda itu tidak diberikan sebarang pengesahan namun dia yakin akan menamatkan kontraknya tanpa dipecat.

"Saya sudah menjelaskan bahawa saya akan kekal, itu pendapat saya," jelasnya.

United akan terlepas peluang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua berturut-turut sekiranya Manchester City tidak tewas kepada Swansea pada Ahad.

Namun dengan pentas final Piala FA dalam genggaman, Van Gaal yakin The Red Devils akan dinobat juara.

"Kami akan menjuarai Piala FA dan kami masih berada di landasan tepat untuk mara ke Liga Juara-Juara Eropah, tidak ramai pasukan yang boleh membuat kenyataan itu," katanya.

Sama ada dia kekal atau tidak, Van Gaal telah pun terlibat dengan persiapan untuk menghadapi musim 2016/2017.
"Pada saya, tidak banyak perkara yang perlu diberikan perhatian selain dari mendapatkan pemain yang kreatif dan bergerak pantas ketika menyerang," ujarnya selepas terpaksa melupakan khidmat Renato Sanches yang telah menandatangani kontrak 5 tahun bersama Bayern Munich.

No comments

Powered by Blogger.