Header Ads

Saintis muda Hafizah Noor bakal terima anugerah Ikon Belia pada Ahad

Hafizah Noor berharap boleh menjadi contoh yang baik kepada golongan belia di luar sana.

Saintis muda, Hafizah Noor Isa dilaporkan bakal menerima anugerah Ikon Belia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok.


Perkara ini didedahkan oleh pihak University of Glasgow di laman Facebook rasmi mereka.

Turut dimuat naik adalah satu video berdurasi 1 minit 40 saat dimana Hafizah Noor berkata beliau teruja dengan penganugerahan ini.




“Saya juga berharap boleh menjadi contoh yang baik kepada golongan belia di luar sana.


“Saya akan cuba yang terbaik,” katanya dalam video pendek itu.

Setakat ini, video itu telah menerima 31,000 views.



Hafizah Noor terpilih sebagai salah seorang 27 penyelidik yang terlibat dalam penghasilan kajian bertajuk ‘Observation of Gravitational Waves from a Binary Hole Merger’ pada awal Februari,
Dilahirkan di Kelantan, saintis muda berusia 26 tahun ini dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI berkata kajian yang diusahakan ini membuktikan teori gelombang graviti Einstein yang dihasilkan lebih 100 tahun lalu.

Noor Hafizah berharap agar sumbangannya di dalam dunia sains dapat “memberikan inspirasi kepada lebih ramai anak muda di Malaysia untuk mencapai impian mereka.”



No comments

Powered by Blogger.