Header Ads

Pesawat terbesar di dunia Antonov AN-225 Mriya mendarat di KLIA




KUALA LUMPUR: Pesawat terbesar di dunia Antonov AN-225 Mriya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Sabtu pagi.

Memetik laporan Bernama, Pengurus Besar Komunikasi Korporat Malaysia Airports Holdings Bhd Nik Anis Nik Zakaria yang mengesahkan perkara itu berkata tujuan pesawat kargo itu mendarat di KLIA adalah untuk mengisi minyak.

Pesawat itu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad, India dan akan bertolak ke Perth, Australia setelah mengisi minyak di KLIA.

KLIA merupakan hentian terakhir bagi pesawat itu mengisi minyak selepas ia berhenti di Prague, Turkmenbashi (Turkmenistan) dan Hyderabad selepas berlepas dari 'kampung halamannya' di Kiev.

Pesawat gergasi itu terbang merentasi benua Eropah, Asia dan Oseania, dalam perjalanan bagi melaksanakan misi khas memandangkan ia membawa generator seberat 130 tan untuk dihantar ke Perth, Australia, esok.

Ketua juruterbang Antonov Dmytrov memberitahu Bernama, pada ketika ini,  ia merupakan pesawat terpanjang dan paling berat di dunia iaitu 84 meter panjang dan setinggi 18 meter, yang disifatkannya sama dengan bangunan lima tingkat, dilengkapi 32 tayar dan sayap sepanjang 88 meter.

                                    
Kali terakhir pesawat ini mendarat di KLIA adalah pada 2007.

















Pesawat itu direka pada tahun 1980 ketika era Soviet Union.
Menurut satu kenyataan, pesawat dengan enjin berkuasa enam turbokipas itu merupakan yang terpanjang serta terberat pernah dibina dan maksimum berat berlepas ialah sebanyak 640 tan.

Ia mempunyai rentang sayap terbesar berbanding pesawat lain serta dibina khas untuk membawa beban antara 180 hingga 230 tan.

Untuk Lebih Maklumat Lanjut Klik Sini : Antonov An-225 Mriya

No comments

Powered by Blogger.