Header Ads

Gula Daripada Serbuk Kayu



pix_gal0 copy
Dr.Mimi Sakinah MIMI SAKINAH menunjukkan produk ciptaannya.

PENYELIDIKAN terbaru Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim iaitu penghasilan gula daripada serbuk kayu berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan Pameran Rekaan British 2010 di London Oktober lalu.

Menurutnya, penggunaan habuk kayu itu secara tidak langsung mewujudkan alternatif terbaik kepada pesakit kencing manis kerana gula yang dihasilkan tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.
“Idea menghasilkan gula daripada habuk kayu itu tercetus apabila mengetahui negara ini mengeluarkan sebanyak 2,520 tan bahan itu sebulan.

“Saya merasakan perlu membuat penyelidikan terhadap habuk kayu terbabit kepada bahan bernilai dan bermanfaat daripada dibiarkan begitu sahaja.

DSC00510 copy
Habuk Kayu banyak kegunaannya.

“Malah, penghasilan gula daripada habuk kayu juga mampu menjana pendapatan lumayan kerana harga sekilogram habuk kayu hanya tiga sen, tetapi menjadi RM1.20 sekilogram apabila ditukarkan kepada gula,” katanya.

Bagi Dr Mimi Sakinah, gula ciptaannya adalah terbaik jika dibandingkan dengan gula alternatif untuk pesakit diabetes kerana mengandungi aspartam.

“Aspartam yang berasaskan bahan kimia boleh menyebabkan tumor otak,” jelasnya sambil memberitahu semua jenis habuk kayu mampu menghasilkan gula melalui penyelidikannya.
 images Aspartam yang berasaskan bahan kimia

Menurutnya, sudah tiba masanya masyarakat bertukar kepada gula alternatif ini kerana berdasarkan statistik dianggarkan kira-kira 2.37 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes menjelang 2020.

“Penggunaan habuk kayu juga mampu mengatasi masalah pembuangan sisa industri yang mencapai 15 juta tan setahun di seluruh dunia,” jelasnya yang menjalankan penyelidikan itu selama tiga tahun.
Katanya, setiap 40 kilogram habuk kayu mampu menghasilkan kira-kira 12 kilogram gula dalam tempoh dua hari.

Dia juga melahirkan rasa bangga kerana sepanjang tahun ini, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima peruntukan sebanyak RsM5.5 juta bagi melaksanakan 150 projek penyelidikan baru termasuk projek yang dilaksanakannya.

Dr Mimi Sakinah berkata, warga penyelidik UMP turut menerima pelbagai insentif termasuk Skim Pembentangan Kertas Kerja Seminar, Skim Penerbitan Artikel Jurnal, Dana Pendaftaran Harta Intelek Universiti dan Dana Pertandingan dan Pameran Penyelidikan.

“Pihak UMP dan fakulti sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya kepada setiap staf fakulti untuk menerbitkan hasil penyelidikan masing-masing.

“Saya yakin hasil penyelidikan yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk jurnal mampu menjadikan sesebuah universiti itu melahirkan lebih ramai warga penyelidik profesional dan mampu memartabatkan Malaysia ke mata dunia,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.