Header Ads

Andainya Aku Mampu....



Andainya aku mampu menggundur waktu.. akan ku undur waktu menjadikan diri ku yang sesempurna dihadapan mu. andainya aku dapat mengundur waktu akan ku  tolak waktu titik hitam yang berada dalam diriku.. andainya aku dapat mengundur waktu akan akan ku undur, agar dapat kembali pada zaman aku berkain putih, yang hanya dilorek,dilukis oleh Ayahnda dan Bondaku..
Ya Allah, walaupun perjalanku rapuh namun dalam hatiku hanya Mu yang bertakhta.. walaupun aku bukan Hamba yang sempurna seperti hamba mu yang taat seperti  malaikat, dan kekasih mu Nabi Muhammad s.a.w ..namun aku akan cuba menjadi insan yang sempurna dihapadan Mu ya Allah. aku sedar aku hanyalah insan yang kamil, hanya mampu mengimbau masa yang lalu dan tidak mampu untuk mengundur waktu.. Ya Allah Berikanlah peluang dan ruang agar hidupku hanyalah untuk Mu.


Kerana hamba mu ini sangat takut kepada hari yang akan dijanjikan oleh Mu Ya Allah.. kerana akan tiba suatu masa, akan datang Mulut ku akan dikunci, akan tiba masa suara ku tidak ada lagi.. tetapi hanya tangan ku yang akan berkata, kaki ku yang akan berbicara apa yang telah ku lakukan dan ku kerjakan.. sesungguhnya benarlah seperti kata mu dalam al-quran (yasin ayat 65).. Ya allah sesunguhnya aku diselaputi dosa2 lalu bak lumpur yang menyelaputi tubuhku..Ya allah berikanlah rahmatmu kepada ku agar aku dapat menyental lumpur-lumpur di badan ku..  Ya Allah tuluskan lah dan kuduskan lah hati,tangan, mata, mulut dan kaki.. Ameen yarabal alameen~..

No comments

Powered by Blogger.