Header Ads

UKM buat Kajian Mengenai : Blogger guna nama samaran untuk kritik kerajaan

blogge 1r
Oleh Abdul Ghani Nasir

BANGI, 22 Jun, 2010
Para penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati kebebasan yang wujud dalam ruang siber telah digunakan dengan meluas oleh para blogger untuk menyalurkan maklumat politik yang lazimnya tidak didapati dalam media arus perdana.
Perkara ini jelas terbukti dalam Pilihanraya Umu ke 12 yang berlangsung pada tahun 2008, di mana sebahagian besar daripada penulis blog politik menggunakan ruang siber untuk berkempen bagi memenangi calon-calon parti politik pembangkang sama ada di peringkat Parlimen atau dewan undangan negeri.

Ini adalah hasil kajian satu penyelidikan bertajuk Isu-Isu Utama Sebelum, Semasa dan Selepas PRU-12: Satu Analisis Kandungan Blog-Blog Politik Malaysia Terpilih yang dijalankan oleh satu kumpulan penyelidik di UKM.
Bagaimanapun, majoriti daripada blogger tidak mendedahkan nama sebenar mereka. Daripada 193 blog politik yang dianalisis 171 berselindung di sebalik nama samaran.
Serangan demikian begitu ketara sekali dalam blog politik yang kebanyakannya dikuasai mereka yang tidak menyokong kerajaan. Blogger ini dan mereka yang membuat komen dalam blog tersebut telah menyerang kerajaan selain dari berkempen untuk memastikan kemenangan pembangkang. Demikian menurut kajian:


Kajian itu mendapati jumlah posting yang paling tinggi dikirimkan oleh bloggers yang dipantau adalah dalam bulan Mac. Sebanyak 523 posting telah dikirimkan bulan itu ia itu satu masa yang paling penting bagi rakyat Malaysia untuk menentukan kerajaan yang akan mentadbir bagi lima tahun berikut.
Masa menjelang pilihanraya 8 Mac itu telah memberi peluang kepada blogger berkempen bagi pihak yang mereka sokong dengan membuat serangan demi serangan terhadap kerajaan.

Kajian itu mendapati “kebebasan yang ada dalam dunia siber digunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk berkomunikasi dan menyalurkan maklumat-maklumat politik yang tidak disiarkan dalam media arus perdana.
Ia menunjukkan bahawa blog politik di Malaysia adalah bersifat jurnal peribadi dimana para blogger mempunyai kebebasan untuk berkongsi idea dan pendapat mengenai isu-isu semasa dengan komuniti siber.

Malah blog berbentuk ini juga menjadi minat ramai komuniti siber kerana bentuk penulisan adalah lebih bersifat peribadi dan tidak akademik. Gaya penyampaian yang ringkas dan bersifat emosional menjadi tarikan utama bagi blog seperti ini. Pembaca merasakan lebih tertarik membaca blog-blog yang lebih bersifat peribadi kerana ia dilihat sebagai lebih bebas dan terbuka.
Berhubung usaha blogger menyembunyikan identiti sebenar mereka, kajian itu berpendapat ia mungkin berpunca daripada sebab-sebab peribadi. Maka itu dari jumlah yang dipantau, seramai 118 orang blogger politik menggunakan nama samaran berbanding dengan 75 orang saja blogger yang mengenalkan diri mereka.

Mereka juga mendapati blogger berketurunan Melayu merupakan bloggers yang teramai, iaitu sebanyak 59 orang yang bergiat aktif, seramai 28 orang Cina, lapan blogger berbangsa India dan hanya tiga orang sahaja blogger politik daripada bangsa Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Selain itu kajian juga mendapati 95 orang blogger politik tidak juga mendedahkan bangsa mereka dan ini menyukarkan pengkaji mengenal pasti jumlah sebenar blogger politik di Malaysia berdasarkan bangsa.

Kumpulan blogger politik ini juga tidak mahu mendedahkan butiran penuh diri mereka. Misalnya sehingga 144 orang blogger politik tidak menyatakan umur dalam profil mereka. Namun begitu, daripada hasil kajian yang diperolehi jelas menunjukkan golongan muda mendominasi alam siber ini dengan 14 orang yang berumur di peringkat 26-30 yang bergiat aktif dalam aktiviti ini.

Golongan yang berumur 51 tahun ke atas juga turut terlibat dalam aktiviti ini dengan seramai 11 orang dapat dikenalpasti.
Daripada seramai 193 blogger politik itu, seramai 171 blogger adalah dalam kategori bebas, iaitu mereka tidak berkecenderungan memihak kepada mana-mana parti politik ataupun tidak mendedahkan keahlian politik mereka.
Kajian menunjukkan juga bilangan blogger penyokong parti-parti pemb
angkang adalah lebih besar daripada blogger yang menyokong parti BN. Seramai 15 orang blogger parti pembangkang yang terdiri daripada penyokong parti PKR, DAP dan PAS dikenalpasti berbanding dengan hanya seramai tujuh orang blogger politik BN.

Namun begitu, bilangan blogger dalam kategori bebas haruslah dilihat sebagai satu petanda bahawa kebanyakan masyarakat Malaysia telah menggunakan ruang alternatif ini bagi melibatkan diri dalam politik sosial di Malaysia secara atas talian.

Sumber :  Copy and Paste daripada Laman Web UKM

No comments

Powered by Blogger.