Header Ads

UFO Datang Lagi?? Khayalan AtaU Ilusi??

 
lingkaran Besar Seperti Kawah (dilangit Mexcio)

Bandar Raya Mexico, pada 11 februari lalu kecoh dan gempar,dimana terdapat Satu lingkaran awan ganjil yang dilihat seperti kawah muncul di langit Mexico. Namun bagi pengkaji-pengkaji barat mereka membuat spekulasi bahawa makhluk asing yang menyebabkan fenomena itu berlaku. Menurut sebuah akhbar semalam, fenomena itu merupakan yang kedua dilihat selepas satu lingkaran awan ganjil ditemui di langit Moscow, Rusia pada Oktober tahun lalu. Beberapa pihak percaya fenomena itu berlaku semasa objek terbang tidak dikenali (UFO) memasuki atau keluar dari atmosfera bumi.

Satu mesej di laman itu menjelaskan ia merupakan imej mengagumkan dan mungkin sebuah UFO sedang memasuki atau meninggalkan bumi.
Ia dianggap sebagai misteri oleh pakar UFO, Nick Pope yang menghabiskan masa melakukan siasatan berhubung fenomena ganjil untuk Kementerian Pertahanan Britain.
"Fenomena itu ganjil. Ia sama seperti yang terdapat di Rusia. Satu kemungkinan ialah ia mungkin satu meteorit atau bola api bergerak melalui awan," katanya.  

macam-macam pandagan pengakji-pengakji nih, UFOlah, Meterorit atau bola api yang bergerak ke Awanlah,. sebagai insan yang mempunyai akal fikiran yang waras dan mempunyai pandagan masaing-masing apakah pendapat anda?? .namun bagi saya ini adalah satu kekuasaan Allah s.w.t yang ingin di tunjukkan kepada kita umatnya, yang akan ditunjukan yang lebih besar lagi pada suatu hari  nanti yakni hari yang telah dijanjikan-Nya. wallahualam

10 comments:

  1. itulah kebesaran dan kekuasaan Ilahi.. satu peringatan buat umat manusi di muka bumi agar tidak pernah leka dan kesenangan dan kemewahan di dunia..

    ReplyDelete
  2. mat salleh klu benda-benda pelik mcm nih tkkan nk percaya kekuasan Allah yang dia percaya UFO, Mahkluk Asing lah.. yang pasti itu semua kebesaran Allah..

    ReplyDelete
  3. betul kata kamu berdua, hadia dan azim, semua tu kekuasaan Allah :)

    ReplyDelete
  4. x hbs2 ufo..wujud ke ufo ni..huhuhuhu..tp pada pndangan aku la kn, ni sume kekuasaan Allah swt.mybe Allah nk bg petunjuk kpd semua umat manusia di bumi ni..

    ReplyDelete
  5. heheh.. betul2 en. m!er4N, sokong sangat2..

    ReplyDelete
  6. salam.. ana ada terbaca juga mengenai benda nih.. mcm2 lah mat salleh ni punya propaganda.. mana percaya dengan kekuasaan Allah..tp ada juga orang kita yang percaya berita tu UFO, terpengaruh sangat dengan cerita-cerita mengarut..apa2 pun good job sahabat kerana membuka mata umat islam..

    ReplyDelete
  7. betul tu, megasutra, org kita pun ada gak percaya benda2 mengarut tu..huhuh.. thks megasutra mudah2han kita semua sedar bahawa itu semua propaganda mat salleh seperti yang dikatakan oleh megasutra, kita sebagai org islam percaya dengan mahkluk ghaib, tapi tkalah seperti yg digambarkan mat salleh ni, UFO naik piring terbang..huhuh.

    ReplyDelete
  8. aku pun rasa UFO tk wujud.. tp skrg ni tengah cari info tentang UFO, bila aku cari dalam googel terjumpa blog nih, aku harap klu tuan blog ni ada info tentang UFO boleh dikongsi bersama..

    ReplyDelete
  9. Hurm mungkin jelmaan jin , yang selalu boleh berubah bentuk..

    ReplyDelete
  10. em.. betul tu saya ada pernah dengar tentang tu.. blh jadi gak..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.