Header Ads

Pengajaran yg Sangat Besar kpd Ku Dalam Pengorbanan Nabi Ibrahim

Alhamdulilah, habis juga membaca terjemahan buku sejarah Nabi Ibrahim... kandungan isi buku ini mengisahkan kelahiran dan asal usul nabi Ibrahim. pada permulaan buku ini mengisahkan kehidupan suami isteri yang taat kepada allah-allah barhala, mereka merupakan ibu dan bapa kepada Nabi Ibrahim, iaitu Azar dan Imitali.. sblm kelahiraan Nabi Ibrahim, Allah telah mengeluarkan tanda-tanda bahawa Nabi Ibrahim adalah pesuruh Allah, antaranya datuknya Nahur yang merupakan seorang ahli nujum yang terkenal di Our, dalam ramalan datuk Nabi Ibrahim, datuknya bermimpi mengenai Ayah nabi Ibrahim, iaitu satu cahaya yang memenuhi langit keluar dari sulbi Azar. tanda yang kedua anak dalam kandunga imitali ada kaitan dengan langit. Lelaki yang bakal memikul tangungjawab yang besar, yang ketiga Nahur (datuk Nabi Ibrahim) melihat awan yang gelap menutupi tuhan bulan (Nanna),Syamas,dan segala tuhan Berhala..dan yang terakhir sblm Nabi ibrahim diberinama Ibrahim, imitali dan Azar ingin memberikan nama anaknya Nahur sempena dengan nama Ayahnya kerana dianggap satu nama yang mulia, tetapi apabila Imitali bermimpi satu suara ghaib yang menyuruhnya menamakan nya sebagai Ibrahim maka, imitali menamakan anaknya Ibrahim..


Nabi Ibrahim semasa kecil lagi tidak pernah menyembah berhala, walupun ayahnya memaksa beliau untuk meneyembah berhala, dia tetap berkeras tidak mahu menyebah, kerana bagi beliau, tiada faedah menyembah berhala kerana berhala tidak dapat berbuat apa-apa,tiadak dapat mendengar dan tidak dapat melihat.  Nabi  Ibarhim meningkat dewasa dan berkahwin dengan sepupunya Sarah, sarah meruapakan seorang gadis yang cantik dari segala segi rohani dan fizikal. dari sini dapat pengajaran kepada aku, bahawa lelaki yang baik dijadikan untuk wanita yang baik, ini kerana Nabi ibrahim seorang pemuda yang baik, lemah lembut dan penyanyang.. selepas Nabi ibrahim berkahwin dengan sarah, perasaan bencinya terhadap berahala semakin mebuak-buak.. sehingga beliau mencari jawapan siapakah yang sebenarnya pemilik alam semesta ini yang tidak dapat ditundukkan oleh mana-mana kuasa. nabi ibrahim berdoa semoga menunjukannya kejalan yang  benar , penciptanya yang sebenar..akhirnya Nabi ibrahim medapat wahyu dan dilantik menjadi nabi.. dia mula berdakwah kepada ahli keluarganya, orang pertama yang memeluk islam ialah isterinya sarah., dlm pada masa itu juga nabi ibrahim tiadak mempunyai zuriat, lalu dia mengabil anak angkat daripada anak adiknya, anaknya diberi nama Lut, Nabi Ibrahim mendidik anaknya dengan didikan agama islam yang secukupnya.. kemudian Nabi Ibrahim berdakwah kepada ibu,ayah dan adik beradiknya, tetapi mereka menolak dakwah Nabi Ibrahim.


Nabi Ibrahim tidak berputus asa untuk berdakwah kepada kelurganya, dan ahli kelurga nabi ibrahim pun tidak putus-putus menasihati nabi ibrahim kembali kepada agama nenek moyang, tetapi nabi ibrahim tetap berpegang teguh kepada dengan agamanya dan akan sentaisa memujuk ahli kelurganya memeluk agama islam. sehingga pada suatu hari nabi ibrahim mendapat ilham untuk memecahkan berhala-berhala yang ada dirumah penyembahan, peluang nabi ibrahim untuk memecahkan berhala-berhala digambar kan pada waktu : hari perayaan tuhan Nanna (tuhan bulan), semasa perayaan tuhan Nanna, masyrakat dan raja namrud bersembahyang di rumah penyembahan yang mempuanyi berhala-berhala yang banyak dan berhala itu diketuai oleh berhala tuhan Mardukh, selepas selesai sembahyang mereka semua menuju ke jalan suci sehingga sampai ke Mirfa, iaitu suatu tempat yang terletak di kuala terusan tujuan mereka kesana adalah untuk mempersembahakan korban kepada tuhan-tuhan mereka. dengan ilham yang diberikan kepada Allah Nabi Ibrahim mengabil peluang itu, untuk memecahkan patung-patung yang ada dengan kapak, kecuali patung Mardukh (ketua berhala/ ketua segala tuhan)..
lakaran Patung Raja Namrud

Apabila perayaan di tepi sungai telah selesai, Raja Namrud dan masyarakatnya kembali ke rumah penyembahan, alangkah terkejut nya mereka apabila mereka tiba di rumah penyembahan, semua berhala telah pecah dan yang masih utuh patung Mardukh dan ditelinganya tergantung sebilah kapak. Mereka mengesyaki Nabi Ibrahim ini adalah kerana Nabi ibrahim sahaja yang membenci berhala.. raja Namrud memerintahkan Nabi ibrahim ditangkap dan disoal.. disini aku dapat mempelajari keberanian yang ada pada Nabi Ibrahim, Nabi Ibrahim memang seorang yang sangat berani..keberanian Nabi ibrahim dapat dilihat apabila disoal oleh hakim mengenai perbuatannya. "Hakim : Engkau yang melakukan perkara itu, Ibrahim?. dengan berani dan  tanpa gentar sedikit pun  Nabi Ibrahim  berkata : Mardukh yang melakukannya. Tanyalah dia kalau dia boleh bersuara !!..  Nabi Ibrahim mendapat perhatian Raja Namrud, Nabi ibrahim diperintah menghadap Raja namrud, semasa menghadap raja Namrud nabi Ibrahim langsung tidak sujud kepada Namrud, rakyat yang melihat perbuatan Nabi ibrahim hairan dan kagum melihat keberaniaan Nabi Ibarahim. bukan sahaja rakyat terpegun namun raja namrud terpegun seketika melihat perbuatan Nabi Ibrahim..

Semasa dalam soal jawab antara Namrud dan Nabi Ibrahim aku terpegun dengan Nabi ibrahim apabila berani mematahkan kata Raja Namrud sehinggakan Raja Namrud yang dikata digeruni oleh setiap rakyat terdiam..  dalam soal jawbnya namrud menayakan soalan, " siapakan tuhan engaku seru?, nabi ibarhim menjawab " tuhan itu ialah tuhan yang menguasai langit dan bumi. sembahlah dia. lakukan ibadah kerana-Nya. bls namrud " kenapa kamu tidak menyembah apa yang disembah oleh kaum mu?. jawb Nabi ibrahim " aku telah melihat api membakar patung Tuhan. bagaimana aku boleh menyembah sesuatu yg boleh dibakar oleh api?" soal nabi ibrahim dengan berani. jwb Namrud : "jadi kenapa kamu tidak menyembah api?" jwb Nabi ibrahim pula, " daripada menyembah api. lebih baik aku menyembah air yang dapat memadamkanya" soal namrud pula, " kenapa kamu tidak menyembah air?, jwb Nabi ibrahim pula "daripada aku menyebah air,lebih baik menyembah awan yang dapat mengumpulkan air", soal namrud pula " kenapa kamu tidak menyembah awan?, jwb Nabi ibrahim pula " daripada menyebah awan baik aku menyembah angin yang dapat mengerakkan nya" dengan tidak putus asa namrud menyoal lagi jadi kenapa tiadak menyembah angin? nabi ibrahim menjawb " manusia dapat menampan angin dengan tubuhnya, maka lebih baik aku menyebah manusia, dan namrud membals " jadi kamu ragu2 bahawa akulah tuhan kamu!. tunjukkan kepada beta siapakah tuhan kamu? jwb nabi ibrahim " tuhanku adalah yang menghidupkan dan yang mematikan" jwb   nabi ibrahim tegas. dengan bangganya namrud menjawab beta dapat menghidupkan dan mematikan!. kemudian nabi ibrahim bertanya bagai mana tuanku menghidupkan dan mematikan?, jwab Namrud yang bongkak " jika dibwa kehadpan dua org lelaki yang akan dikenakan hukuman mati, lelaki yang beta bebaskan dan ampunkan menandakan beta menghidupkanya. manakala yang dihukum mati, beta telah mematikannya".  akhirnya Nabi ibrahim mematahkan percakapan namrud dengan soalan yang tidak dapat dijwab oleh namrud. nabi ibrahim bertanya " allah telah menerbitakan matahari di sebelah timur, dan cuba tuanku terbitkannya disebalah barat," nabi ibrahim mencabar namrud, mendengar cabaran itu namrud serta rakyat2nya terdiam.
"digambarkan api yang membakar nabi Ibrahim menjulang tinggi kelangit, tetapi Nabi Ibrahim Terselamat, hanya sepatunya yang hangut dimakan api".

disebabkan namrud tidak puas hati, namrud menerima cadangan daripada rakyatnya supaya Nabi Ibrahim dibakar hidup2.. disini sekali lagi aku dapat melihat keberanian pada Nabi Ibrahim, dengan tenang dan berani dia menerima hukum yang diberi oleh namrud kerana dia percaya Allah sahaja sudah cukup menjadi pelindungnya..Api dinyalakan menjulang tinggi , hampir mencecah awan. digambarkan setiap burung yang yang terbang dan melintas diatasnya pasti terbakar, untuk membakar Nabi Ibrahim mereka mengunakan majenik untuk melempar Nabi Ibrahim, langkah ini diamabil supaya mereka tidak tercedera terkena api yang panas semasa mencampak Nabi Ibrahim... lihatlah sungguh kejam dan zalim manusia pada zaman itu..Nabi Ibrahim tidak putus-putus berdoa kepada Allah, dia tahu bahwa Allah sentisa menjaga dalam keadaan apa sekali pun, kerana Nabi ibrahim percaya bahawa cukuplah Allah sahaja yang menjadi pelindungnya..Apabila api semakin mengecil salah seorang rakyat Namrud memberitahu dalam keaadaan menjerit,Ibrahim masih hidup dalam api!!.. melihat keaaadaan tersebut Namrud dan rakyatnya terkejut.. Nah  disini dapat kita lihat kekuasan dan kebesaran Allah s.wt .. Allah sentisa bersama kita dan tidak pernah meninggalkan kita..cuma kita yang sentiasa leka dan meninggalkan Allah.

Namrud memberirtahu Nabi ibrahim, alangkah hebatnya Tuhan kamu ibrahim, bagaimana kamu boleh terselamat dimakan api? tanya Namrud. hati Namrud mula mengakui kebenaran seruan yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim menjawab tuhanku telah memerintahkan agar api itu menjadi sejuk dan menyelamatkan aku, jwb Nabi Ibrahim dengan tenang... peristiwa-peristiwa Nabi Ibrahim ini telah membakar semangat aku supaya sentiasa beriman kepada Allah.. sebenarnya banyak lagi yang ingin diceritakan menegani Nabi Ibrahim cukuplah sampai disini, mudah-mudahan kita semua memdapat pengajaran daripada cerita Nabi Ibrahim... sesunguhnya Benarlah Kata-kata Nabi Ibrahim bahawa ; " SESUNGUHNYA ALLAH LEBIH DEKAT DENGAN HAMBA-NYA LEBIH DARI URAT LEHER MEREKA SENDIRI". daripada kata-kata Nabi ibrahim ini telah menanikan semangatku, dan sentiasa berani dalam menempuhi dugaan.. jika kita melakukan sesuatu yang baik semata-mata kerana Allah s.w.t kita sentiasa diredhai olehnya, biarlah apa yang org ingin katakan kepada kita.. hanya Allah yang tahu kita ni baik keburuk..

Sumber : Buku, Nabi Ibrahim bapa para Nabi oleh Abdul hamid al-Sahhar. diterjemahkan oleh Safiah Abd. Razak.

2 comments:

  1. serius seronok baca.. tapi sikit sgt.. nanti bg ak pulak buku tue.. ak nak baca.. heee

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih kepada saudara yg tak bernama..heheh.. tu hanya rumusan daripada buku yang telah saya baca.. insyallah klu jumpe..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.