Header Ads

Pendidikan Teknologi Maklumat dapat Membenteras Jenayah siber




Nama : Wan Mohd hafiz Bin Wan Samsudin
No.Matrik : A121287
Fakulti : FSSK
Kod Kursus : GGGE2123 Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan


"dunia tanpa sempadan"dan "semuanya dihujung jari", kedua-dua frasa ini sangat sinonim dengan masayarakat kita pada hari ini. Teknologi Maklumat pada hari ini memang tidak dapat dinafikan dapat membantu dan memudahkan kerja-kerja seharian masyarakat pada hari ini. dengan kemudah yang ada pada zaman yang serba moden, ia akan memudahkan pengguna atau masyarakat, contohnya ; semua kerja yang dilakukan pada tempat yang sama, ini adalah disebabkan faktor masa, penjimatan kos perbelanjaan,dan banyak lagi.


Oleh itu pihak kerajaan mahupun swasta berlumba-lumba ingin menyediakan perkhidmatan online, atau pun perbankan internet, ini selain dapat menjimatkan masa dan kos pengguna, pihak yang menyediakan perkhidmatan ini mengambil peluang untuk mencari keuntungan. Namun dalam masa sama, ada perkara yang terus menjadi kebimbangan. Sejauh mana kaedah ini selamat digunakan atau dalam bahasa mudah, sejauh mana wang pengguna mampu dilindungi terus menjadi tanda tanya. Walaupun pihak bank berkali-kali mengatakan keselamatan menjadi keutamaan mereka, hakikatnya, masih ada pengguna yang mengadu kehilangan wang menerusi transaksi yang dijalankan, tanpa sedar mahupun disedari. Maknanya ada pihak lain yang ‘memotong jalan’ menggunakan kaedah-kaedah yang sama seperti disediakan oleh bank terbabit.
Lebih tepat, laman-laman web perbankan telah diciplak untuk ‘menghalalkan’ penipuan tersebut.



kes-kes penipuan sebegini dikenali sebagai jenayah siber, Tidak dinafikan dalam persaingan dunia global, ancaman siber sebenarnya sering dihadapi oleh para pengguna komputer masa kini memandangkan kebanyakannya mempunyai sambungan kepada rangkaian Internet. Apa yang pasti ialah, kesan ancaman siber ini boleh merebak secara global dalam masa yang amat singkat dan lebih membimbangkan ia tidak bersifat setempat atau terhad mengikut sempadan seperti keganasan fizikal.

masalah-masalah seperti ini dapat dibendung jika masyarakat atau pengguna celik IT, hal ini turut disokong oleh Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Aziz Deraman, beliau mengakui sekiranya pengguna itu celik komputer, tidak akan timbul masalah yang sedang membelenggu sesetengah pihak ini. oleh itu secara rumusanya yang dapat dilakukan masyarakat kita pada hari ini terutamnaya golongan muda yang merupakan tunjang kepada negara, seharusnya mempelajari ilmu teknologi maklumat untuk kebaikan dimasa hadapan, namun begitu generasi-genarasi muda ini harus lah diawasi supaya apa yang dipelajari tidak digunakan secara tidak betaul. jika ini dipraktikan oleh setiap masyarakat dan generasi muda pada hari ini, maka negara kita dapat membangun dengan aman dan tenteram.

4 comments:

  1. internet oh internet..hadir mu memberi 1001 kebaikan dan keburukan.

    ReplyDelete
  2. tp, jenayah2 yg terjadi pn di kalangan org2 yg terpelajar gak.. yg tahu lebih tntng teknologi maklumat.. susah nk bg kesedaran pada mereka yg mmg dah thu ni.. :).. apa2 pn pendidikan ni mmg pntg.. sekadar pendapat jer..

    ReplyDelete
  3. emmm.. betui tu..tk boleh dinafikan..heheh..kadang2 orang yang terpelajar pun tertipu, mungkin disebabkan faktor masa.. semua nk cepat, tk periksa dulu, betul ke tak..heheh..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.