Header Ads

Fadilat Mengerak-gerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud





Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada beliau apakah kelebihan mengerakan jari berterusan semasa tahiyat akhir, Rasulullah s.a.w bersabda " gerakan jari telunjuk lebih keras dirasakan oleh syaitan daripada pukulan besi" sabda Rasulullah s.a.w ini boleh kita lihat dalam kitab-kitab Al Baihaqi, At-Tabrani dalam sunannya.




bukti perbuatan mengerakkan jari daripada hadis :



Para ulama Salaf as-Soleh (generasi awal) telah menyemak dan mensahihkan amalan menggerak-gerakkan jari semasa bertasyahhud. Para ulama bermazhab asy-Syafie juga sebahagian besarnya mensahihkan hadis menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud, antaranya ialah Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitab “Taqrib at-Tahzib” halaman 385 dan di dalam “Mizan al-I’tidal” 2/356 (oleh Imam az-Zahabi). Imam az-Zahabi (yang bermazhab asy-Syafie) telah mensahihkan hadis berkenaan memberi isyarat dalam solat (tasyahhud) dengan menggoyang-goyangkan jari. Antara hadis-hadis yang menjelaskan tentang berisyarat dengan jari telunjuk ialah:


رَأَى رَجُلاً يَدْعُوْا بِإِصْبَعَيْهِ فَقَالَ : أَحِّدْ ، أَحِّدْ ، وَأَشَارَ بَالسَّبَّابَةِ

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah melihat seorang lelaki berdoa sambil mengacukan dua jari telunjuknya, lalu sabda baginda kepada lelaki itu: Satu jari sahaja, satu jari sahaja seraya baginda mengacukan jari telunjuknya (mengisyaratkan atau menggoyang-goyangkan) jari telunjuknya”.



cara mengerakkan jari :



كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَبْسُطُ كَفَّهُ الْيُسْرَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُسْرَى ، وَيَقْبِضُ اَصَابِعَ كَفِّهِ الْيُمْنَى كُلِّهَا وَيُشِيْرُ بِاُصْبُعِهِ الَّتِيْ تَلَى اْلاِبْهَامَ اِلَى الْقِبْلَةِ وَيَرْمِيْ بِبَصَرِهِ اِلَيْهِ

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam meletakkan telapak tangan kirinya di atas lutut kirinya dengan mengembang. Baginda menggenggam semua jari-jemari tangan kanannya, tetapi mengacukan telunjuknya ke kiblat dan mengarahkan pandangan matanya ke telunjuknya (melihat jari telunjuknya sambil menggoyang-goyangkannya)”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Ibnu Khuzaimah, al-Humaidi dalam Musnadnya 131/1. Abu Ya’la memberikan tambahan dengan sanad sahih dari Ibnu Umar)






Fadilat mengerak-gerakkan jari
Terdapat beberapa fadhilat-fadhilat apabila menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud. Pertama: Menghidupkan kembali sunnah yang telah ditinggalkan. Kedua: Menggerak-gerakkan jari telunjuk dapat menghalau syaitan sebagaimana dijelaskan oleh hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:


لَهِيَ اَشَدُّ عَلَى الشَّيْطَانِ مِنَ الْحَدِيْدِ يَعْنِيْ : اَلسَّبَّابَةَ

“(Menggerak-gerakkan jari) lebih keras (dirasakan) oleh syaitan dari pukulan besi”. (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al-Amali (60/1), Ahmad, Bazzar, Abu Ja’far, Thabrani dalam Ad-Doa hlm. 73/1. Abdul Ghani al-Muqaddasi dalam As-Sunan 12/2. Dengan sanad hasan dan Rauyani dalam Musnadnya 249/2 dan Baihaqi)


كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِى التَّشَهُّدَيْنِ جَمِيْعًا

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam melakukan perbuatan ini (menggerakkan jari telunjuk) dalam dua tasyahhud (tasyahhud awal dan akhir)”. (H/R Ibnu Abi Syaibah dengan sanad hasan)



رَاَى رَجُلاً يَدْعُوْا بِاِصْبَعَيْهِ فَقَالَ : اَحِّدْ ، اَحِّدْ وَاَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ


moral :

diharapkan ilmu yang dikongsi ini dapat menjadi manfaat kepada kita semua, dan kepada yang sudah arif tentang hal-hal seperti ini diharapkan janganlah menangap bahawa semua umat islam mengetahuinya mengenainya, ini adalah kerana ilmu allah sangat banyak yang perlu kita ketahui, dan pelajari. dan kepada umat islam yang tidak pernah mendengar atau tidak pernah didedahkan perbuatan ini, jangalah kita menuduh dan menfitnah bahawa perbuatan ini tidak betul ini adalah kerana perbuatan ini berasaskan hadis yang sahih dalam kitab-kitab islam.


Ada beberapa individu dan kelompok yang cuba mempertikaikan kesahihan hadis menggerak-gerakkan jari telunjuk yang diriwayatkan oleh ‘Asim bin Kulaib. Ada yang berani menghukum bid’ah kerana disangkanya tidak terdapat hadis yang menunjukkan adanya amalan menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud.

Agar ketidaktahuan dalam persoalan yang menyangkut ibadah (solat) ini dapat dirungkai secara ilmiyah, maka di tulisan ini dibawakan takhrijnya hadis tentang menggerak-gerakkan jari telunjuk agar dapat menghilangkan keraguan kepada mereka yang berniat ikhlas ingin menghidupkan amalan sunnah “menggerak-gerakkan jari telunjuk” semasa tasyahhud. Adapun hadis sahih yang menjadi hujjah adalah:



عَنْ زَائِدَةَ بْنِ قُدَامَةَ ، عَنْ قُدَامَةَ ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ كُلَيْبٍ قَالَ : أخْبَرَنْيْ اَبِيْ عَنْ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ لأَنْظُرَنَّ اِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ يُصَلِّى . قَالَ : فَنَظَرْتُ اِلَيْهِ ، قَامَ فَكَبَّرَ ، وَرَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى حَاذَتَا بِأُذُنَيْهِ ، ثَمَّ وَضَعَ كَفَّهُ الْيُمْنَى عَلَى ظَهْرِ كَفِّهِ الْيُسْرَى ،وَالرُّسْغِ ، وَالسَّاعِدِ ، ثُمَّ قَالَ : لَمَّا اَرَادَ اَنْ يَرْكَعَ رَفَعَ يَدَيْهِ مِثْلَهَا وَوَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى رُكْبَتَيْهِ ثُمَّ رَفَعَ رَاْسَهُ فَرَفَعَ يَدَيْهِ مِثْلَهَا ثُمَّ سَجَدَ فَجَعَلَ كَفَّيْهِ بِحِذَاءِ اُذُنَيْهِ ، ثَمَّ قَعَدَ فَافْتَرَشَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى ، فَوَضَعَ كَفَّهُ الْيُسْرَى ، وَجَعَلَ حَدَّ مِرْفَقِهِ اْلاَيْمَنِ عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى ، ثُمَّ قَبَضَ (ثِنْتَيْنِ) بَيْنَ اَصَابِعِهِ ، فَحَلَّقَ حَلْقَةً ، ثُمَّ رَفَعَ اُصْبُعُهُ ، فَرَاَيْتُهُ يُحَرِّكُهَا يَدْعُوْ بِهَا ، ثُمَّ جِئْتُ بَعْدَ ذَلِكَ فِى زَمَانٍ فِيْهِ بَرْدٌ ، فَرَاَيْتُ النَّاسَ عَلَيْهِمُ الثِّيَابِ تَحَرَّكَ اَيْدِيْهِمْ مِنْ تَحْتِ الثِّيَابِ مِنَ الْبَرَدِ.
(Hadis sahih dikeluarkan oleh: Imam Ahmad bin Hambal dalam “Musnad” 4/ 318. Abu Daud No. 713 dan 272. An- Nasai’i 889 dan 2/126-127 dan 3/371. Ad-Darimi dalam “Sunan” 1/314-315. Ibn Jarud dalam “al-Muntaqa” 208. Ibn Khuzaimah No. 480 dan 714. Ibn Hiban No 1851. Al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra 2/27, 28 dan 132. At-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/35. Disahihkan oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)




2 comments:

  1. alhamdulillah...info baru belajar..terimaksih krn sudi berkongsi..

    islam itu indah

    ReplyDelete
  2. apa2 yg tahu kita cuba kongsi kan bersama.. sesunguhnya ilmu dalam agama islam ini masih bnyk lagi yg kita tidak thu.. sbg umatnya kita seharusnya menyampaikan apa kita tahu.. insyaallah.. syukran..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.