Header Ads

Adakah Orang Bunian Wujud ??

salam...hemm.. tentang hal mesteri orang bunian ni, saya tak beberapa pasti. tapi saya akan cuba menjawab soalan sahabat saya zul dengan beberapa bukti...

Betul ke wujudnya orang bunian?
dalam dalam islam makhluk halus adalah jin, syaitan, iblis dan malaikat.
macam mana pulak boleh timbul orang bunian? hem bacalah sampai habis... artikal ni rasanya panjang juga tp kalau di pendekkan tiada isi, kerana semua yang ditulis didalam ruang ini adalah bukti...

jin, iblis dan syaitan adalah antara makhluk ciptaan selain malaikat dan manusia. Menurut al-Quran, jin dicipta sebelum manusia (Q 15: 26-27) dan kedua-duanya menghuni dunia ini.

Nama jin diambil sempena asal kejadiannya yang tersembunyi daripada mata manusia, iaitu berasal daripada kata kerja ‘janna’ bermaksud tertutup, terselindung dan tersembunyi.

Jin tergolong dalam dua golongan, iaitu jin beriman dan jin kufur (Q72: 1-4; 14-15). Dikategorikan dalam jin kufur atau kafir ialah nama seperti Ifrit, Syaitan dan Qarin.

Iblis pula berasal daripada golongan jin seperti disebut dalam al-Quran: “Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”: Lalu mereka sujud melainkan iblis; ia berasal daripada golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya...(Q 18: 50).

Manusia tidak mampu menguasai golongan jin. Bagi Nabi Sulaiman (as), baginda dapat menguasai jin kerana diberi anugerah berbuat demikian dan ia adalah antara mukjizatnya (Q 27: 17).

Justeru, manusia sewajarnya tidak berkawan dan mempercayai jin. Ini kerana mereka sentiasa mencuba sedaya upaya supaya manusia melakukan dosa besar sehingga syirik kepada Allah.


Dari pengetahuan saya orang bunian dan jin adalah sama cuma ada sestengah yang tahu dan
tidak..

dari sesetengah pendapat yang mungkin kita boleh percayai dan tidak mengatakan, orang

Bunian adalah bangsa yg berasal dr perkahwinan jin dan manusia.


Mengikut ulama2 perkahwinan jin & manusia mungkin terjadi.

Firman Allah swt,

Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka [color=Red]dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka)[/color] dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
(Al Isra': 64)

Sabda nabi saw,

"Apabila seorg lelaki melakukan persetubuhan dgn isterinya dgn tidak menyebut (nama Allah) lebih dahulu, maka syaitan akan bersembunyi pd penis lelaki itu dan ikut bersetubuh bersamanya."
(tak confirm riwayat siapa)

Al Hafiz Ibnu Jarir pernah meriwayat pendapat Ibnu Abbas r.a. yg mengatakan,

"Apabila seorg menggauli isterinya yg sedang haid, maka ia pasti didahului syaitan sehingga hasil dr pergaulan itu isterinya hamil, maka anak yg lahir biasanya menjadi cacat. Maka org2 cacat itu adalah anak2 jin".

Seterusnya larangan Nabi saw utk mengahwini jin dan kebencian para tabi'in pernikahan jin & manusia menjadi dalil bhw pernikahan atr jin & manusia mungkin terjadi.

Benarkah Orang Bunian Wujud :

Orang Bunian ini wujud, dan mereka adalah dari golongan jin.

Satu cerita yang membuktikannya, saya petik dari soal jawab bersama Dr. Harun Din.

Ada seorang sahabat namanya Khurafah tiba - tiba hilang, keluarganya bertemu Rasulullah. Tidak lama kemudian muncullah Khurafah. Dia menceritakan pengalamannya.

Dia telah membunuh seekor ular hitam, tiba - tiba beliau tidak sedarkan diri dan apabila tersedar dia berada dalam masyarakat seperti manusia tapi ganjil.
Dia dituduh membunuh seorang dari masyarakat tersebut. Dia dibicarakan dan pembicaraannya seperti sistem keadilan manusia.
Dia dibebaskan kerana membunuh jin yang bukan dalam bentuk asalnya iaitu jin yang disangkakan ular. Sedangkan Ular adalah musuh bagi manusia. Dan dihantar pulang oleh masyarakat itu.
Ramai sahabat yang mempertikaikannya, tapi Nabi menyebut ' Dengarlah cerita Khurafah, ia ganjil tapi betul'.

No comments

Powered by Blogger.