Header Ads

Berkongsi Fail dan Folder Dalam Rangkaian

Kali ini saya akan tunjukkan cara - cara untuk menghubungkan dua komputer melalui LAN (Local Area Network) atau Internet. Anda boleh berkongsi folder dan fail, mahupun keseluruhan drive.

Sebelum bermula, pastikan servis - servis di bawah berfungsi pada kedua - dua komputer. Biasanya servis - servis ini telah siap sedia dipasang dalam Windows XP, jadi anda tidak perlu risau lagi. Servis-servis tersebut adalah:

* Protokol “TCP/IP” dan ”NetBEUI”
* Remote Access Service

Ikuti langkah - langkah berikut:


* Dapatkan nama bagi komputer A. Tekan Windows + Pause bagi membuka System Properties, dan pergi kepada tab Computer Name. Perhatikan nama bagi komputer tersebut pada “Full computer name”




* Pada komputer A, klik kanan pada folder yang anda ingin kongsi, dan pilih “Sharing and Security”. Pilih “Share this folder” serta nyatakan nama bagi folder yang dikongsi tersebut pada ”Share name”





* Pastikan kedua - dua komputer bersambung pada LAN.
* Pada komputer B, lancarkan Command Prompt dengan menekan Windows + R dan masukkan “cmd”
* Pada Command Prompt, masukkan arahan berikut:

* NET USE X: \\khairul\cs /USER:uname passwd
* Gantikan uname dengan user name dan passwd dengan password yang sepatutnya
* Jika anda tidak berada dalam LAN yang sama dan ingin berkongsi melalui Internet, gantikan nama komputer dengan alamat IP.

Pada komputer B, anda akan perasan satu drive baru iaitu X:. Dengan membuka drive X: ini, komputer B akan dapat mengakses folder yang telah dikongsi dari komputer A.

1 comment:

Powered by Blogger.