Header Ads

Hantu Dapur



"Cerita ni di alami oleh emak Ahai
sendiri semasa beliau masih lagi belum
berumah tangga di rumah keluarga nya
di Kampung Assam Jawa."

Malam itu bulan mengambang penuh,
ketika itu suasana diluar rumah terang-
benderang dengan disinari cahaya bulan,
cengkerik bersahut-sahutan.Sesekali
terdengar siulan angin sepoi-sepoi bahasa
menampar ke telinga. Nun dihujung kampung
terdapat sebuah rumah yang beratapkan
nipah dan berlantaikan batang pinang yang
didiami oleh sebuah keluarga yang besar .
Tinggallah di situ Asiah dengan enam orang adik-beradik berserta ibu mereka.
Ketika itu bapa mereka telah turun ke laut mencari rezeki.

Seperti mana lazimnya selepas makan dan mengemas dapur, Asiah disuruh oleh
ibunya merebus keladi untuk minum malam. Setelah keladi habis dikopek Asiah
memasukkannya kedalam periuk dan di jerang di atas dapur kayu. Kayu api pun
dinyalakan,setelah api menyala Asiah pun masuk ke ruang tamu membantu
ibunya menyulam songket.

Selang beberapa minit tiba-tiba kedengaran bunyi seperti percikan api yang
kuat datang dari arah dapur. Asiah dan ibunya bergegas kedapur,tetapi langkah
mereka terhenti,dada mereka berdegup pantas,muka mereka pucat seperti tak
bedarah, peluh merecik membasahi tubuh dan suara seperti terlekat di kerongkong
apabila terpandang sesuatu lembaga yang meyerupai seorang wanita berambut
panjang sampai kelantai,matanya merah tersembul keluar,wajahnya amat hodoh
sekali seperti ada kudis yang menanah, sedang meniup kearah dapur dengan
kuatnya.

Beterbangan abu-abu dapur diudara ,api menjulang tak tentu arah dan periuk
berisi keladi mengelegak tanpa henti. Apa yang mampu Asiah dan ibunya lakukan
hanyalah memerhati dari jauh. Pekara ni berlangsung kira-kira setengah jam.
Entah bila masa nya lembaga itu menghilang tak diketahui,kalau sebelumnya
abu dapur beterbangan,api menjulang kini telah lenyap. Keadaan ruang dapur
ketika itu seperti ada orang mengamuk ,habis semua pinggan ,cawan dan lain-
lain di saluti abu dapur.

Setelah segala-segalanya reda Asiah dan ibunya memberanikan diri ke ruang
dapur untuk melihat keadaan. MasyaAllah habis keledek yang direbus tadi
lembik dan kotor. Nampaknya malam ni Mereka anak beranak tidak ada apa
lagi yang hendak dimakan untuk minum malam.

No comments

Powered by Blogger.