Artikel Bebas Oleh : Apiez
Asalamulaikum dan Selamat Sejahtera kepada kawan-kawan, okey post Apiez kali nih mengenai Artikel pendek yang berjudul Ada Apa Dengan Slogan Polis ?? : Satu Analisis. tujuan penulisan Apiez kali nih, bukan lah hendak cari gaduh, atau menghentam sesiapa, tak baik hemtam2 org nih na.. tapi bertujuan untuk kita berfikir adakah dengan menukarkan slogan baru, polis-polis kat Malaysia nih dapat menghayati sebetul-betulnya?..
Polis Diraja Malaysia seperti mana yang kita ketahui telah melancarkan Slogan baru `Tegas, Adil dan Berhemah’, bagi mengantikan `Mesra, Cepat dan Betul’. Apiez bukan lah nak bagi tahu dengan panjang lebar pasal slogan polis nih.. tapi nak lihat sejauh manakah berkesanya penukaran slogan baru ini iaitu “Tegas, Adil dan Berhemah”, adakah mereka mengamalakan nya?. dan betul ke? bila dah tukar slogan baru nih polis-polis dapat menjiwai sloga dan dapat bertugas dengan baik, seperti mana yang ditegaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
“Menjadi harapan kita agar tema ini akan mengubah pemikiran anggota supaya lebih bertanggungjawab dan beramanah dalam menjalankan tugas,”(UtaraOnlien 25 Mac)
Yaka? bila tukar slogan boleh menghayati dan mengubah sikap Polis ?? pendapat korang mcm mana?, masing-masing mempunyai pandangan masing-masing bukan?.. Sendiri fikirlah hek.. tp Apiez bagi pandangan Apiez, jika kita hanya menukar slogan, dan tidak mengubahnya sikap polis itu sendiri daripada dalam susah nak ubah..jika perangai atau sikap polis yang buruk (suka memaki, penggunaan kata pangilan kasar, suka mengugut) nih tak boleh nak ubah, kami sebagai rakyat tidak ada rasa kepercayaan, hormat dan bila tengok polis yang bersikap mcm tuh.. okey nih bukan Apiez kata secara melulu je, bukan hanya dengar drp kawan-kawan sahaja, tapi Apiez ada pengalaman sendiri dengan berurusan dengan polis .
nih contoh salah seorang yang tidak puas hati dengan sikap polis,
sampai boleh kata mcm tu tak thu lah nk cakap ape
(sumber gambar diatas kat sini )
[jadilah mcm kat dlm gambar nih, mesra dengan rakyat, walaupun gambar editkan…huhu]
Kat sini, Apiez bukan nak meburuk-burukan nama polis, tapi nak melihat sejauh mana penggunaan slogan baru dapat menjiwai polis-polis kita kat Malaysia ni. selain itu juga Apiez akan membuktikan melaui pengalaman dan cerita kawan- kawan Apiez semasa berurusan dengan polis. dan kat sini gak nak bg thu, kebanyakan polis yang banyak menguris hati-hati masyarakat nih, dan bersikap kurang hajar dan tidak berhemah ini, terdiri daripada golongan polis muda yang baru dilantik, “ polis baru dapat baju” .. jadi polis-polis yang dah lama berkhidamat Apiez percaya diaorag nih tk wt keje cm nih (ada kot cume tak jumpe lagi, tp tk semua mcm tuh).. Apiez ckp berdasarkan pengalaman sendiri dan kwn-kwn bukan berdasarkan tuduhan melulu.. dan Apiez yakin bahawa teradapat polis yang masih amanah, jujur dan berhemat dalam melakukan tugas mereka.. jadi kenapa pulak ada polis yang bersikat kasar dan kurang hajar?? dan betul ke polis yang sudah lama berkhidmat ( berumur) lebih berhemat dan mesra dengan masyarakat berbanding polis yang baru dilantik sebagai polis.. ada bukti ke Apiez nk ckp mcm tuh?? yup bukti ada, tapi di bahagian seterusnya.. insyallah bersambung…
Apiez : Sambungan Ada Apa Dengan Slogan Polis ?? Satu Analisis pendek Part 2 akan kembali untuk beberapa jam lagi… thanks kerana sudi membaca








